Saturday, November 22, 2008

Sang Kerbau ...


Zaman Si Aki-aki dulu, siapa ada kerbau orang itu digelar ' orang kaya ' . Apa tidaknya, Sang kerbau ketika itu dijadikan mesin buhat ini dan buat itu . Tidak cukup begitu, dijadikan pula kenderaan pikul itu dan ini. Saya masi ingat kalau ke pekan Tandek, bangun mesti seawal jam 4 pagi sebab mau naik kerbau dengan ' ginandar '. Kalau tidak, alamatlah sampai di tamu orang sudah balik atau kehabisan ikan di pasaran. Itu zaman Aki-aki dulu. Hari ini, Sang Kerbau naik pangkat, jadi bos. Tapi sayang, kurus kerempeng sebab inda cukup makan. Tanah orang kampung sudah dipagar, susah kerbau mau masuk. Kalau adapun yang sihat-sihat dan gemuk, kebanyakannya ditumbang untuk kenduri kahwin. Harga jangan tanya, kalau indada 20 keping not seratus dalam poket, (itupun kita suda pakai ilmu kawan-kawan punya harga), alamat garuk kepala kita ... Apapun, kalau orang kampung macam saya, memang biasa tunggang kerbau ( ala-ala motor zaman sekarang ) siap dengan ' papasutnya ' bikin kasih laju hehehe .... Siuk ba kan, naik kerbau sambil siul-siul lagu zaman pop yeah-yeah .... Gambar ini nasib-nasib lagi bini dapat tangkap baru-baru ini, masa balik kampung...

Wednesday, November 12, 2008

si Bentayan itik yang bidak dan jahat...

Fuiyo sudah tengah malam ni aku tidak pula dapat tidur padahal bisuk pagi pagi mo kena pigi airport mo berangkat sudah. Jadi boring-boring ni aku pi la membaca blog orang2, sampai komen pun aku mo baca... kalau si aiso punya blog tu aku nda tau sudah berapa kali aku post komen (spamming sudah tu buli kena rutan...kakakaka... sori Aiso sa boring la...). Anyway aku pun baca juga la blog si tokeypets ni, terus teringat kenangan masa ku kecil2. Aku pun dulu suka piara binatang tapi tedalah segala ular. Paling kuat dulu aku bawa balik serigala kampungan pulang.. musang la kali tapi rupanya cam anjing tapi besar sikit dari anjing. Aku jumpa di utan (ini la satu kerja aku asal pulang skul bukan aku balik rumah sana aku merayau pi masuk belukar entah di mana2 ku sampai... sampai terjumpa kuda liar ma tu serigala musang kampungan. Biasanya aku bawa balik kucing atau anjing kalau pulang dari skul (entah la piaraan sapa saja tu aku culik bawa pulang, kadang2 burung, ikan atau bosing...hahaha marah betul mama sama aku :P). Anyway ni kali aku pulang sama tu serigala kampungan punyalah mama tekejut dan takut, terus dia teriak kenapa aku bawa balik itu serigala kampungan nanti abis segala ayam kena makan. Penat mama mengasitau aku, yang aku bawa pulang tu bukan anjing tapi aku kan besalah... nda mo percaya. Aku ni punya la budu juga sebab pamacam pun aku tingu aku rasa rupa dia macam anjing juga lagipun kan kalau dalam buku disney tu musang warna merah jadi sebab ni anjing kampungan punya rupa dan warna lain jadi aku anggap dia anjing saja la.. kakakaaaa... Entah bila aku tidak sedar tapi hari tu juga mama berjaya menghalau tu serigala kampungan dari rumah.. eheh..

Tapi satu peristiwa yang sangat menyedihkan aku adalah kejadian kematian itik aku yang putih melepak dan cantik rupawan. Aku piara dari kecil sampai bujangan satu pasang. Si Snow ma si White (entah hapa2 la bah nama aku kasi kakakaka... inda kreatif bah aku kalau kasi nama ni kekeke..). Itik aku ni nda macam itik urang lain ooo... memang putih nya putih telampau cam iklan breeze.. Aku sayang betul sama itik aku sepasang ni. Di sekolah pula ustaz aku ada piara itik juga, tapi ada satu itik dia tu... ish ish ish.. sudahlah bidak jahat lagi. Kalau pi rumah ustaz habis kaki kami kena patuk. Silakak betul. Keganasan ini itik (patuk kami panggil) punyalah dasat sampaikan bukan lagi kucing, urang pun takut ma dia. Entah camana pada suatu hari yang panas lepas balik sekolah tekejut aku ada pula tu patuk di rumah. Berabis aku halau, aku ingatkan dia merayau sampai di rumah. Rupa-rupanya ustaz kasi la pulak. Adesss punyalah aku tensen... Adakah ini hukuman kenakalan aku, ya tuhan sob sob. Jadi ini patuk pun bermaharajalela di kawasan rumah, ayam sabung aku pun takut ma dia (buruk tul!). Kalau aku mo kasi makan ayam, dia la duluan2 belari pi makan. Ayam2 semua takut nda berani makan duluan (pemerintahan si patuk kuku besi). Sampaikan anjing-anjing aku yang ganas2 kucing tu pun takut sama ni patuk sebab dia patuk segala anjing sampai tecabut bulu! Jadi aku gelar dia Bentayan (nama watak penjahat iaitu anak si Mak Lenggang dalam drama Tragedi Sri Mersing, ini drama kegemaran mama ooo.. tiap2 malam kami tepaksa tingu ini drama pasal mama marah kalau tukar channel hehehe..). Si Bentayan ni sudahlah jahat, ayam pun dia mo pi rogol! Heran aku... berabis sudah aku mengalau dia sampai belarian aku sama si Bentayan bekejaran di belakang rumah sampai di sungai rasak, tapi balik juga dia..

Sekali banjir kilat la pula, bangun2 jak aku pagi dalam sudah air mo sampai lantai. Telupa pula tu aku mo buka pintu rumah si Snow ma si White. Aku pun sedih sebab aku ingatkan matilah itik aku dua ekor tu lemas dalam rumah kecilnya. Selepas seminggu lebih kurang, banjir pun surut. Sekali aku check masih hidup aku punya itik kesayang dua ekor. Punyalah aku gembira... belari2 aku pi dapur kestau mama "Ma... si snow masih hidup..." Mama senyum senyum jak tengok aku happy. Aku pun cepat2 tabur nasi kasi makan, mesti lemah sudah itik kesayangan aku ni. Lepas aku kasi makan, aku pun naik la berehat di rumah, tiba-tiba aku tedengar raungan si Snow sama si White di bawah kolong. Terus aku teringat si Bentayan.. Aku pun kelangkabut turun, sekali aku tinguk dia merogol si Snow sampai mati... di sebelah si Snow si White sudah ampai2.. KURANG ASAM KO BENTAYAN!! Punyalah aku marah aku mengadu sama mama, "ma.. bagus mama sembelih la tu itik buruk tu bikin lauk. Kalau nda abis ayam kita pula mati!" hehehe...

Dua hari kemudian, ada orang datang makan tengahari di rumah.. "aik karas juga daging ayam ni.." komen tetamu kami. Senyum2 jak aku "bukan ayam... itik". Hahahaha... tamatlah riwayat si Bentayan itik yang bidak dan jahat.. puas ati aku.. kekeke...

Friday, November 7, 2008


Tadau ari minggu aramaitiii id bandau. Isai ot amanang indadan tokou, yalo aman dua kayuwan no ko manang no id pamuda. it parwakilan ba mongundi no it awasi ko tulun, yaku sarap mongoi aku id kl waro urusan ku ... mana tau it tawos ku id kl waro sulung. ok no lipato kupo iti baju2 ku om tongo santut ku heheheh

Sunday, November 2, 2008

... MENCARI KEBENARAN ...

ARKIB : 17/03/2007 ( Utusan Malaysia )

Kota Marudu: RM21j baiki jalan


KOTA MARUDU 16 Mac – Kerajaan menyediakan peruntukan RM21 juta bagi membaiki semula Jalan Marak-Parak di sini yang runtuh di tujuh kawasan sehingga menyebabkan kira-kira 4,000 penduduk terputus hubungan dengan dunia luar akhir tahun lalu.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S. Samy Vellu berkata, peruntukan tersebut adalah fasa pertama proses baik pulih jalan itu sebelum projek pembinaan jalan dari Kota Marudu ke Ranau yang bernilai RM310 juta bermula.
Menurutnya, kerja membaiki akan bermula Jun ini.
Pada masa ini kerja membaiki hanya sebagai langkah sementara bagi mengatasi masalah penduduk yang terputus hubungan dengan bandar Kota Marudu.
“Sebelum jalan itu diperbaiki, kita perlukan satu reka bentuk jalan terlebih dahulu dan setelah selesai (reka bentuk) barulah kita mulakan kerja membaiki jalan itu sepenuhnya pada bulan Jun.
“Secara keseluruhan jalan itu akan siap sepenuhnya dalam tempoh tiga tahun dengan kos keseluruhan RM310 juta,” katanya kepada pemberita selepas sesi taklimat di Pejabat Daerah Kota Marudu di sini hari ini.
Februari lalu, Utusan Malaysia menyiarkan laporan muka depan mengenai kejadian tanah runtuh di Jalan Marak-Parak, Kota Marudu yang menyebabkan 4,000 penduduk dari beberapa kampung terputus hubungan dengan dunia luar.
Jalan yang menghubungkan 16 kampung di situ merupakan laluan utama ke bandar Kota Marudu dan berikutan masalah itu, penduduk tidak dapat menjalankan aktiviti harian.
Samy Vellu berkata, kerajaan telah meluluskan peruntukan awal sebanyak RM60 juta pada tahun ini untuk membaiki Jalan Marak-Parak termasuk membina jalan baru sepanjang 110 kilometer dari Kota Marudu ke Ranau.

Saturday, November 1, 2008

aiskrim di kampung...

Kee Maidin berjualan aiskrim di Bandau - 1962

Edited
Stori tambahan yang saya rasa mesti di post disini sebab ada kaitan dengan gambar..
Quote : "AragangTandik said...

Ini cerita si Otok - dia mau bikin aiskrim tapi tesalah tetaru garam - dia pikir itu gula. Bila sampai di skul kawan dia beli terus tekejut bila saja makan itu aiskrim - terus dia (pembeli aiskrim) mau kasi kena kawan dia - disuruhnya beli aiskrim c Otok, dia bilang paling sedap - maka kawannya pun beli. Bila dia makan dia pun tekejut rasa aiskrim masin - dia pula suruh kawannya beli - begitula sampai lah aiskrim tu habis - bukan kerana sedap tetapi mau mengannyaya kawan. he he he"


______________________________________________________________


Panasnya cuaca hari ni tiba-tiba saya terasa macam mo makan aiskrim. Tapi zaman ekonomi yang meleset ni (ekonomi saya hahahah) bagus lupakan saja nafsu yang tidak-tidak sebab itu bukan makanan keperluan. Teringat pula masa kicil2 di kampung makan aiskrim yang dibuat pakai sirap merah di taruh dalam plastik panjang tu. Kamurang pernah makan ka? Ingat lagi ka? Kalau disini orang panggil aiskrim botol sebab dibuat didalam plastik yang keras ada rupa cam botol sikit. Tapi aku nda suka tu aku suka aiskrim buatan kampung yang pakai plastik murah. Cakap pasal aiskrim, masa aku tingkatan dua mungkin, aku start balik bisnes jual aiskrim. Mula-mula aku kestau, mama nda support kerjaya aku sebagai penjual aiskrim sebab dia bilang "kau tu angin angin saja nda lama kau berenti la tu menjual aiskrim" ehehehe... mama memang paham sudah aku ni memang tidak boleh concentrate dengan satu benda dalam tempoh yang lama. Sebenarnya aku mimang nda buli concentrate lama dalam apa saja aku buat, contoh paling senang, sekejap aku membaca tiba-tiba aku rasa mo pi tingu tivi dalam tingu tivi tiba-tiba aku belari bukak computer surf baca artikel pastu aku lari lagi pi tingu tivi lepas tu... sampailah aku tidur baru berenti. Pernah satu pagi sebelum mama pi kebun dia nampak aku kamas rumah di Tandik. Penuh semangat aku buka segala katil mo rearrange konon tapi entah bila aku buli pula berenti membaca buku dan akhir sekali bila mama balik tengahari sana sudah aku di tanah merumput.. kenapa laitu... hehehe.. Aiii tinguk kan aku sudah bilang, lain sudah ni cerita padahal aku mo cerita pasal aiskrim. Aku rasa ni gara-gara si Yus umban tutup gadur di kepala aku masa kicil sabab tu aku sot sot. Ada lekuk lagi sampai sekarang di tengkurak pala aku.. hehehe ko ingat lagi ka tu Yus? Bukan juga dia sengaja tapi siapa suruh aku kan cengeng... dia mo kasi takut aku tapi kena pula kepala aku kakakaka.. Aina tinguk, aku mau cerita aiskrim... aiskrim... ish.. Berbalik kepada cerita asal, aku ni pun mulai la menjual aiskrim di skul. Mula-mula perisa sirap jak, belum ada budget. Bahan-bahan modal aku semua kurik dari lemari dapur, apa yang ada itulah aku guna jadi kalau ada yang sakit perut temakan aiskrim aku pada jualan pertama tu siou keekeke.. Lepas tu bila ada untung aku kasi mama, sikit jak aku ambil buat modal pusingan. Ni kali aku tambah perisa lagi pasal ada sudah saigan ni, iaitu kazen ku si Dih. Hehehe. Kami ni dulu kuan belawan tidak kira la dari akademik sampailah menjual aiskrim pun mo belawan. Perisa aku tu aku tambah milo pula. Lama-lama ada nestum. Fuiyo lakunya aiskrim aku. Mulanya aku kasi tinggal aiskrim aku di kantin jak pasal malu kedapatan oleh kawan (takut nda laku pastu kena kasi ketawa jadi biasanya time rehat aku betapuk ti tangki siring skul). Sebagai bayaran aku kasi lah makcik tu pisang atau duit sikit supaya buli taruh barang. Tapi dia lebih suka pisang atau ubi yang aku kasi sebab dia kesian juga mo ambil duit. Sebenarnya dari kicil2 lagi kami adik-beradik sudah biasa bejualan kuih muih jadi tidak heran la aku jual aiskirim hehehhe.. aaaa aku mo makan aiskrim..



Antara Komen Kamu...

About This Blog

  © Blogger template 'Isfahan' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP