Sunday, November 2, 2008

... MENCARI KEBENARAN ...

ARKIB : 17/03/2007 ( Utusan Malaysia )

Kota Marudu: RM21j baiki jalan


KOTA MARUDU 16 Mac – Kerajaan menyediakan peruntukan RM21 juta bagi membaiki semula Jalan Marak-Parak di sini yang runtuh di tujuh kawasan sehingga menyebabkan kira-kira 4,000 penduduk terputus hubungan dengan dunia luar akhir tahun lalu.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S. Samy Vellu berkata, peruntukan tersebut adalah fasa pertama proses baik pulih jalan itu sebelum projek pembinaan jalan dari Kota Marudu ke Ranau yang bernilai RM310 juta bermula.
Menurutnya, kerja membaiki akan bermula Jun ini.
Pada masa ini kerja membaiki hanya sebagai langkah sementara bagi mengatasi masalah penduduk yang terputus hubungan dengan bandar Kota Marudu.
“Sebelum jalan itu diperbaiki, kita perlukan satu reka bentuk jalan terlebih dahulu dan setelah selesai (reka bentuk) barulah kita mulakan kerja membaiki jalan itu sepenuhnya pada bulan Jun.
“Secara keseluruhan jalan itu akan siap sepenuhnya dalam tempoh tiga tahun dengan kos keseluruhan RM310 juta,” katanya kepada pemberita selepas sesi taklimat di Pejabat Daerah Kota Marudu di sini hari ini.
Februari lalu, Utusan Malaysia menyiarkan laporan muka depan mengenai kejadian tanah runtuh di Jalan Marak-Parak, Kota Marudu yang menyebabkan 4,000 penduduk dari beberapa kampung terputus hubungan dengan dunia luar.
Jalan yang menghubungkan 16 kampung di situ merupakan laluan utama ke bandar Kota Marudu dan berikutan masalah itu, penduduk tidak dapat menjalankan aktiviti harian.
Samy Vellu berkata, kerajaan telah meluluskan peruntukan awal sebanyak RM60 juta pada tahun ini untuk membaiki Jalan Marak-Parak termasuk membina jalan baru sepanjang 110 kilometer dari Kota Marudu ke Ranau.

3 comments:

Anonymous said...

jangankan jalan marak parak, jalan kk-km-kk d ulu kukut pun teruk betul!! ndak pandai ok

e'Odu said...

semoga apa yang dirancangkan menjadi kenyataan...

Lebon Botong said...

marak parak - ranau kalau suda ada sanagn2 saya balik tiap2 minggu d km ... kta tungu sja. atau #@%&*....

Antara Komen Kamu...

About This Blog

  © Blogger template 'Isfahan' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP