Thursday, August 14, 2008

How my father meet my mom..


Kamurang tau ka camana parents kamu berjumpa? Aku tau camana parents aku berkenalan. Aku ingat lagi ni si dang dan si yah punya angkara la aku kena rotan arwah mama pasal disuruh menanya soalan begini " mak.. dulu2 mama sama bapa bercinta, bapa main gitar di siring sungai ka?" Adei.. sengaja jak dia orang ni mo menganiaya ni...

Anyway kalau ikut arwah bapa (arwah mama tidak mau cakap, walaupun berabis aku tanya dia pura2 nda dengar terus jalan pi nobunsut), arwah bapaku bilang masa tu masa perang Jepun, dia sama kawannya arwah Tun Mustapa tu berlari di kejar tentera Jepun. Sampai satu masa dorang berpisah, tapi arwah bapa ku ni lari punya lari punya lari habis calar2 badan dia kena duri (maklumlah dulu2 masih hutan lagi ni..) sampai lama2 dia jatuh pengsan. Bila dia sedar arwah mama ku la yang sedang merawatnya. Apalagi terpikat la bapa, hehehe... tapi arwah bapa ku bilang arwah mama ku ni bukan main lagi jual mahalnya, garang pula tu. Mula2 tu nda kunun dia dilayan. Hehehehe...

Hmm.. kalau sesiapa ada gambar yang kualitinya lebih baik boleh tolong postkan gambar ka? Gelap betul gambar yang ada sama ku ni..

sekadar cerita sampingan..

Cakap2 pasal moyang ni.. adik pun ingat dulu arwah nenek lelaki tu pun suka main2 yg mcm pendengaran tu "kureng" skit.. ingat lagi ka meng? dulu selalu jgk kita panggil arwah nenek lelaki tu makan tapi dia balik2 "aahh?? ahhh?? apa?? nenek nda dengar lahh.." so bila cerita pasal moyang tu mcm ada kurang pendengaran tu.. secara automatik ingatan adik pun trus pi tempat arwah nenek lelaki tu..

tapi apa2 hal pun ini cuma sekadar bercerita lah.. lama jgk suda arwah nenek lelaki & perempuan tu meninggal.. rindu jgk kadang2.. apa lagi bila ingat adik pun nda sempat jumpa arwah nenek lelaki tu sebelum dia meninggal T_T oiyyooo apa ni jadi kisah yg sedih pulak suda wahahahhahah..

semoga roh arwah nenek lelaki & perempuan tu dicucuri rahmat.. al-fathihah..

(eyy macam salah blog saja cerita ni..)

Monday, August 11, 2008

Salasilah arwah datuk Unggut Bin Lindungan

Nama penuh arwah datuk ku ini ialah UNGGUT BIN LINDUNGAN. Beliau merupakan anak yang ke-5 hasil perkahwinan di antara LINDUNGAN BIN BANTUGAN dengan IMPAYAN BT. TUMUNDA. Menurut cerita yang diperolehi daripada orang-orang tua LINDUNGAN BIN BANTUGAN (Moyang lelaki sebelah datuk la tu...) adalah seorang ketua kampung di Kg. Sinorindak ( sebuah penempatan di persisiran sungai Sonsogon ni...) telah berkahwin dengan IMPAYAN BT. TUMUNDA yang juga seorang ketua kampung. (Wahhhh....keturunan pemimpin ba pula kitorang ni..hehehe)

LINDUNGAN mempunyai banyak keistimewaan yang antaranya tidak mempunyai bayang-bayang apabila terkena cahaya...

TUMUNDA ( Moyang lelaki sebelah nenek ni ah...) merupakan seorang suku kaum kimaragang yang berasal dari kawasan pendalaman persisiran sungai Sonsogon. Beliau terkenal sebagai seorang yang suka mengembara ( ada ni gaya2 menurun tampat si meng, si faye, si yah, si yus .... ai mcm suma pun begitu oo...) Beliau belayar hingga ke kepulauan Filipina yang berdekatan, persisiran pantai timur hingga ke Sandakan serta persisiran pantai di daerah Kudat dan Kota Belud. Pada masa yang sama beliau membenteras kegiatan lanun-lanun di kawasan tersebut sehinggakan beliau amat ditakuti oleh lanun-lanun. Menyedari akan perkara ini maka pihak pemerintahan British Borneo Utara telah mengurniakan gelaran 'Panglima' kepada TUMUNDA. Bapa beliau juga pernah dikurniakan gelaran seumpama ini iaitu Panglima YUNGGONIT B. LALAKOU. Segala jasa panglima TUMUNDA tidak dilupakan sehinggakan sebuah sekolah dalam daerah Kota Marudu dinamakan sempena nama beliau iaitu SK. TUMUNDA, SALIMANDUT

Menurut cerita, semasa orang-orang Suluk berdagang di kawasan Tandek ini, corak sistem jual beli adalah sistem tukar barang. Antara yang paling popular adalah beradu ilmu kebal. Sesiapa yang tidak lut dengan senjata seperti parang maka ia akan memperolehi segala barang milik pencabarnya. TUMUNDA satu-satunya lelaki tempatan yang cukup disegani kerana berjaya mengumpul banyak barang milik pencabarnya. Tidak ada seorang pun yang dapat menandingi ilmu kebal yang ada pada diri TUMUNDA. (wah! hebattt...ilmu ni la yang berabis c Ly mo amal tapi masi tdk berjaya...wuakakaka)

Saturday, August 2, 2008

Arwah Datuk Unggut ~ in memory

Semuanya mestilah dimulakan dengan pengenalan.

First of all, arwah Unggut is my grandpa from my mother side. There are only few memories of him I can recall, that he only speak Momogun and I love sitting on his lap without fear, maybe because I don't understand a single thing he said. However according to my sister, he speak a little malay but he is very quiet. Hmm aku tidak ingat cuma aku ingat masa kecik pernah aku jatuh dari tangga sebab reput sudah kayu tangga oleh selalu kena rendam air banjir. Jadi arwah datuk ku pun pigi repair itu tangga, sepanjang masa dia repair aku main lompat2 diantara tangga yang dia repair. Tidak pula dia pernah marah cuma dia takut aku terpijak paku saja jadi dia pun angkat aku kasi pindah jauh2. ( ini andaian aku jak la entah2 ada arwah tu marah tapi aku kan budak2 bentingal mana ingat ). Tapi biasalah budak2, datang lagi aku balik main lompat2. Di angkat lagi di kasi pindah. Berulang2 la bah prosesnya sampai lah arwah mama ku nampak dan aku kena rotan baru aku berenti... Hehehe...

Aku ingat lagi masa itu arwah datuk ku ini pendengarannya sudah tidak berapa jelas, maklumlah sudah berumur. Pernah satu kali arwah mama ku suruh panggil makan, jadi aku pun panggil tapi arwah datuk ku tidak dengar jadi terpaksalah aku teriakkan kuat2, kebetulan ada pula tetamu ngam2 sampai rumah apa lagi kena pulas telinga aku sebab dikata kurang ajar dan tidak hormat sama arwah datuk ku. Balik2 aku explain "bukan bu... datukku tu tuli...". Belum sempat abis cakap tambah lagi marah guest itu dicubit lagi pula aku. Nasib baik arwah mama ku pi luar dan ternampak, terus la dia explain. Barulah itu guest cakap begini, "ooo... iyakah? aku ingat si meng sengaja teriakkan datuknya" lepas tu dia usap2 kepala aku dan bilang "jangan ko marah aaah..." (lebih kurang la ayatnya aku pun sudah tidak ingat lagi...). Cis, masa tu memanglah aku marah berabis, dalam hati ku kenapa la bah orang besar ni nda suka percaya cakap budak2. Cewah sekarang aku sudah tua aku pun dua kali lima jak ku rasa, tapi aku dengar juga cakap budak2 dan kadang2 sengaja mengasi main2 lagi... hahaha..

Tidak berapa lama selepas itu arwah datuk pun meninggal. Sebelum dia meninggal dia selalu la tinggal sama kami di kampung. Aku suka arwah datukku sebab aku dapat duduk berpangku sama dia. Selepas dia meninggal aku berpangku sama arwah bapaku atau mamaku tapi selalu tidak lama macam arwah datuk sebab arwah mama ku selalu ada jak dia mo buat jadi tidak dapat duduk lama2, jadi arwah bapa la jadi pengganti. Kalau tidak dikasi bepangku sengaja la aku ungkit2, dulu masa arwah datuk masih ada tidak pernah pun dia marah aku bepangku. Cis, ada bah tu dia marah satu kali tapi aku nda paham hahahaha... jadi arwah mama la yang kasi tau.

Mudah2 an rohnya di cucuri rahmat, marilah kita sama2 doakan untuk arwah datuk, mama dan bapa. Amin.

Antara Komen Kamu...

About This Blog

  © Blogger template 'Isfahan' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP