Monday, August 11, 2008

Salasilah arwah datuk Unggut Bin Lindungan

Nama penuh arwah datuk ku ini ialah UNGGUT BIN LINDUNGAN. Beliau merupakan anak yang ke-5 hasil perkahwinan di antara LINDUNGAN BIN BANTUGAN dengan IMPAYAN BT. TUMUNDA. Menurut cerita yang diperolehi daripada orang-orang tua LINDUNGAN BIN BANTUGAN (Moyang lelaki sebelah datuk la tu...) adalah seorang ketua kampung di Kg. Sinorindak ( sebuah penempatan di persisiran sungai Sonsogon ni...) telah berkahwin dengan IMPAYAN BT. TUMUNDA yang juga seorang ketua kampung. (Wahhhh....keturunan pemimpin ba pula kitorang ni..hehehe)

LINDUNGAN mempunyai banyak keistimewaan yang antaranya tidak mempunyai bayang-bayang apabila terkena cahaya...

TUMUNDA ( Moyang lelaki sebelah nenek ni ah...) merupakan seorang suku kaum kimaragang yang berasal dari kawasan pendalaman persisiran sungai Sonsogon. Beliau terkenal sebagai seorang yang suka mengembara ( ada ni gaya2 menurun tampat si meng, si faye, si yah, si yus .... ai mcm suma pun begitu oo...) Beliau belayar hingga ke kepulauan Filipina yang berdekatan, persisiran pantai timur hingga ke Sandakan serta persisiran pantai di daerah Kudat dan Kota Belud. Pada masa yang sama beliau membenteras kegiatan lanun-lanun di kawasan tersebut sehinggakan beliau amat ditakuti oleh lanun-lanun. Menyedari akan perkara ini maka pihak pemerintahan British Borneo Utara telah mengurniakan gelaran 'Panglima' kepada TUMUNDA. Bapa beliau juga pernah dikurniakan gelaran seumpama ini iaitu Panglima YUNGGONIT B. LALAKOU. Segala jasa panglima TUMUNDA tidak dilupakan sehinggakan sebuah sekolah dalam daerah Kota Marudu dinamakan sempena nama beliau iaitu SK. TUMUNDA, SALIMANDUT

Menurut cerita, semasa orang-orang Suluk berdagang di kawasan Tandek ini, corak sistem jual beli adalah sistem tukar barang. Antara yang paling popular adalah beradu ilmu kebal. Sesiapa yang tidak lut dengan senjata seperti parang maka ia akan memperolehi segala barang milik pencabarnya. TUMUNDA satu-satunya lelaki tempatan yang cukup disegani kerana berjaya mengumpul banyak barang milik pencabarnya. Tidak ada seorang pun yang dapat menandingi ilmu kebal yang ada pada diri TUMUNDA. (wah! hebattt...ilmu ni la yang berabis c Ly mo amal tapi masi tdk berjaya...wuakakaka)

10 comments:

Kee Heritage said...

hahaha... pamacam mo amal, mesti duduk atas parang di cabang sungai dekat nunuk ragang kan? nanti ada 2 garis oo tu buntut bukan lagi satu kakakakakakaka....

apa2 pun terima kasih sebab sudi berkongsi maklumat. mudah2an ada lagi.. hehehe..

Badrogon said...

kopiyosian kuma topinai ku, sa ni wakil cicit numbur 7 di aki unggut, anaru tokobuk, osilou dot kulit om oitom2 sikit. itu kikobol blum masuk lagi tapi kalau ilmu kuat makan ada menunjukan perkembangan di perut hehehehehe

Kee Heritage said...

ede... kuat makan ka sabab lain? kwakwakwa...

tandek enterprise said...

sya rasa mcm teturun tau tuh ilmu kebal ma sya.. kakakaka

DewiNuwa said...

eleeehhh kebal kunun.. teda guna kebal senjata kalau nda kebal virus (penyakit2 umum spt demam, selsema dll.) muahahahhahahh..

Kak Jayn said...

adess..magic juga itu...cuba meng stori gimbaran keturunan keluarga the ungguts pula kalau tau. cerita pelik tapi benar

Raja Mogudan said...

saya cadangkan apa kata semua bloggers yang berasal dari Kota Marudu buat gathering untuk kenal mengenali di antara satu dengan yang lain

Keeaida said...

oo .. meng. betul ka fakta ko ni owh. sumber rujukan ko sepa - cerita2 aku ma c yus ka..kuang3x. Cuba cari fakta yang betul ..manalah tau mo buat buku ka .. lain2 nanti fakta dalam buku tu sbb sumber rujukannaya FAJ Family Heritafe by ...

Kee Heritage said...

bah, dang kalau ko buhung aku maka aku pun termembuhung la gara2 ko... sekian...

Anonymous said...

isai ka ngaran di aki tumunda babanar diri?dess nolingan ku obo

Antara Komen Kamu...

About This Blog

  © Blogger template 'Isfahan' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP