Tuesday, October 14, 2008

RAJA BASIKAL TAHUN 50AN

Cerita fasal berbasikal ni aku pun ada cerita. He he he ndak juga mau ketinggalan ni. Dulu-dulu (mengikut kata si Faiz ' once upon a time') kami (bapa, mama dan adek-adek - yang paling kecil masa tu ialah c Ruaya) tinggal dirumah guru berhampiran dengan dispensary (hospital lama) Tandek. Di seberang jalan berhadapan dispensary ini ada pokok mangga besar. Ditepi sebelah kanan sederet sekolah (masih ada hingga sekarang). Dihadapan sekolah ada padang. Disinilah kami bermain disebelah petang setelah kelas selesai. Pada waktu itu kelas hanya diadakan disebelah pagi.

Waktu ni ramai budak-budak sekolah yang tinggal di rumah kita maka keadaan rumah sentiasa ramai. Ini kerana kendaraan untuk kesekolah hanyalah kerbau dan ada juga yang berbasikal terutama budak-budak dari Ongkilan. Untuk memudahkan mereka kesekolah maka mereka menumpang dirumah kita. Pada hujung minggu mereka ini pulang ke kampung masing-masing dan sebagai balasan mereka menumpang dirumah kita bapa meminta mereka membawakan kayu api apabila mereka balik daripada kampung. Kadangkala ada juga membawa beras, buah-buahan dan sayur-sayuran. Kami makan bersama apa yang ada. Yang perempuan akan membantu memasak dan membasuh kain, manakala yang lelaki akan mengangkat air dan membelah kayu api. Pendek kata kami hidup seperti sebuah keluarga yang besar sehingga sampai ketikanya rumah tidak lagi dapat menampung budak-budak sekolah yang semakin ramai, maka bapa membina dengan wangnya sendiri sebuah pondok berhampiran rumah kita khas tempat budak-budak sekolah ini tinggal. Pondok ini beratapkan nipah, berdinding kajang dan berlantaikan bambu.

Dimasa lapang pada waktu petang, kami bersama-sama budak-budak sekolah yang tinggal bersama kami, akan bermain-main dihadapan sekolah. Permainan kegemaran kami ialah 'main jabat' atau galah panjang? kah tu akupun ndak tau nama permainan tu yang sebenar. Kami juga suka bermain 'rounders' (seperti criket). Kadang-kadang kami melastik burung, bermain tinting dan main gasing pangkah. Setelah bapa membeli basikal, kami semua berebut-rebut hendak belajar menaiki basikal pula. Basikal ni tinggi dan kami sebagai kanak-kanak tidak akan dapat mencapai 'pedal' basikal jika duduk ditempat duduk atau 'sila' basikal. Setahu aku masa ni belum ada basikal khusus untuk budak-budak. Untuk menyelesaikan masalah ndak sampai ke pengayuh (pedal) basikal kami menyisip dicela segitiga basikal sambil mencuba mengimbangi badan dan memusing kan pengayuh basikal. Secara berperingkat-peringkat setelah mahir mengayuh secara menyisip di segitiga basikal, kami pun naik atas palang basikal dan belajar mengayuh basikal hingga mahir barulah kami akan duduk atas sila basikal. Apabila duduk atas sila basikal ni, kaki ndak sampai ke pengayuh basikal. Caranya untuk mengayuh basikal ni pula kami akan hulur kaki kanan dan menolak pedal kanan yang pada ketika itu berada di level paling atas kedepan. Ini membuatkan pedal sebelah kiri menaik, dan kamipun akan mengait pedal sebelah kiri dengan hujung kaki kiri. Sebaik saja pedal berada di level paling atas maka kaki kiri pun menolak pedal kiri tadi kedepan dan begitulah hingga seterusnya. Susahkan naik basikal dulu-dulu? Mana mau mengimbangi badan, mana mau mengayuh pedal yang hampir-hampir tidak sampai oleh kaki kami yang masih pendek ..... he he he sekarangpun masih lagi pendek!

Ada seorang budak perempuan yang tinggal dengan kami baru belajar naik basikal. Konon-konon dia ni mau menolong mama dikebun - kebun tempat rumah kita sekarang tu. Dia pun memakai tudung kepala dan mencapai basikal tua bapa. Dia menyuruh aku menyurung basikal tu dari belakang sebaik saja dia sudah duduk di atas sila basikal. Apa lagi aku pun surunglah. Tiba-tiba tudungnya terturun terus menutup matanya. Ngam-ngam di depan tu pula jambatan nah apa lagi dia pun terjatuh ke dalam sungai bersama-sama dengan biskalnya. Nasib baik air surut waktu tu...kalau ndak habislah dia. Bukan main lagi dia marah sama aku. he he he kalau ku ingat geli juga hati ku. Inilah kisah Raja Basikal Tahun 50an.

7 comments:

Kee Heritage said...

Hahahaha kelakarnya cerita kak ni, boleh meng bayangkan keadaan tudungnya teturun menutup mata sampai jatuh disungai tu. Hehehe.. sebelum arwah bapa belikan meng basikal bmx (basikal ni paling canggih kalau time meng), kami pun belajar naik basikal begitu. Kecuali si yus pasal beskal ada gear dia time tu pun rusak sudah direndam air banjir.

Kee Heritage said...

Hmm.. nama basikal ni Raleigh sebenarnya, manufactured in Malaysia era 70an. Kalau basikal arwah bapa tu ada lagi getah untuk tahan lumpur supaya tidak kena baju.. Ada version juga basikal ni kalau tidak silap, tapi arwah bapa punya tidak pula meng ingat apa nombor siri basikalnya nya. Masa meng darjah satu sampai darjah 2 dia selalu hantar pigi sekolah naik basikal. Oleh kerana tragedi jadi kaki meng luka masa kecil kena rim basikal (duduk dibelakang) arwah bapa terus suruh meng duduk di depan saja di palang besi. Oleh kerana sakit, ditaruh la towel bikin alas duduk. Selalu juga meng dikasi ketawa tapi ahhh.. tidak juga peduli. Bila darjah empat meng dapat nombor satu arwah bapa kasi hadiah basikal BMX. Fuiyo kira paling canggih la ni, di kampung tandek time tu meng jak yang ada basikal bmx ni, seat nya ada patern kepala eagle lagi konon. Sayang betul basikal Raleigh bapa sudah tiada, antik tu..

Bunga Negara said...

Ya kan, entah kemana suda basikal tu. Memang dulu-dulu basikal lah kenderaan utama selain kuda dan kerbau. Kak pigi sekolah waktu di Holy Trinity Primary School Tawau (1960) dulu pun naik basikal. Teringat aku si Ha di kejar anjing depan rumah Macik Munah di jalan Belunu. Tejatuh ba dia dalam parit ha ha ha. Jangan mare Ha nanti kena jual

Hana Kee said...

Hehehe aku pun ada kenangan manis dengan basikal nenek lelaki tu dulu masa aku darjah 1. Masa tu aku sekolah di Tandek, sekelas dengan si Dang, geng karas bah kami ni tapi selalu juga begaduh hehe biasa lah bah budak2. Aku belajar naik basikal pakai basikal nenek lah, menyisip di palang sebab pindik kan baru darjah 1 bah tu. sampai luka2 kaki ku sebab mau belajar naik basikal. Aku sama si Dang selalu gaduh sebab berebut mau main basikal hehehe kalau aku ingat lucu juga tapi best kenangan zaman budak2 dulu kan.

Hana Kee said...

Aku selalu suruh si Dang menyurung tu basikal kalau aku naik dulu2, kalau dia nda mau surung aku tumbuk dia. Hehehe jahat juga aku sama dia dulu masa budak2, sori aaa Dang tapi makin pula kami rapat sampai lah besar walaupun kuat begaduh. Kami asal jumpa ja baaaanyak tul cerita kami kadang2 sampai jam 4 pagi ni becerita adeh... aik macam keluar tajuk suda cerita aku ni hahahaha jan marah haaaa...

E-dude said...

aku ndak pernah pulak naik tu basikal arwah nenek. tapi kalo crita pasal basikal, aku pernah terlanggar budak kicik di padang sk tandek tu..ala..sudah ku bilang tooott..toottt (bunyi hon).. budak tu ndak juga mo lari..apa lagi terlanggar la..

Anonymous said...

First time aku leave a comment on any of the blogs yg ada. Most of the time aku browse (ngam ka tu ejaan?) ja. Cuma aku mo ctau kamu, especially yg Kee dri Tandek, notis ka ada sorang blogger guna nama nazri aldusuni? Dia tu related to us cuma aku ndak pasti samada dia tu pangkat pacik, sepupu atau anak sedara. Dia anak c Botong dari Kg. Batition. Dia sorang Pendakwa Agama tapi yg sporting punya laa.... Kepada nazri aldusuni "welcome to the club"

Antara Komen Kamu...

About This Blog

  © Blogger template 'Isfahan' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP