Ini tangki air, seingat aku memang dari dulu ada tu daun duit-duit tapi sekarang aku tengok kayunya sudah mau reput. Generator diletak di bawah tangki untuk pam air dari perigi. Walaupun kami tinggal di kampung tapi kami sentiasa ada bekalan air sebab air perigi ni tidak pernah kering walaupun air sungai kering kerana kemarau. Selalunya akulah yang akan start generator, baru generator dulu-dulu bukan macam sekarang. Dulu-dulu mesti kena tarik tali untuk start engine baru punyalah keras mo tarik. Pernah lagi aku panjat ni tangki dan duduk di atas, si Onon ternampak aku terus dia mau ikut. Sekali dia duduk kayu tua tu tidak dapat menampung berat kami terus patah kami jatuh di tanah. Takut aku si Onon nangis terus aku pujuk dia dengan buah jambu batu merah disiring pagar belakang tangki. Hehehe..

Yang tingkap coklat tu tingkap dari bilik utama, iaitu bilik arwah mama dan bapa. Bapa punya meja study yang ada telepon putar warna hitam tu diletak di sebelah tingkap inilah. Fail-failnya pun disusun di sini. Arwah bapa ni very organised. Semua belanjawan rumah, bill dan lain-lain disimpan dengan cermat dan difailkan. Orang-orang kampung pun selalu bila susah akan datang meminjam wang dari arwah mama dan arwah bapa. Semua senarai pinjaman mereka tu akan dicatat di dalam buku ledger. Arwah mama dan bapa tidak pernah kedekut dengan orang kampung, mereka selalu membantu sama ada dari segi kewangangan atau nasihat.
Selain tu ada juga cerita kelakar berkaitan tingkap tu. Waktu aku masih sangat kecil, aku sama si dang main hantu-hantu waktu semua orang masih tidur di awal pagi. Di tepi tingkap ni dulu ada peti kayu arwah mama. Masa tu tingkap terbuka, setiap kali si dang kasi takut aku ugut dia konon aku mau terjun dari tingkap. Mula-mula berdiri atas peti saja, lama-lama aku berdiri di bingkai tingkap sudah. Satu kali si dang kasi takut aku, aku betul-betul terjun dan jatuh di atas batu. Dulu masa aku kecil dibawah tingkap tu ada banyak batu-batu besar. Sudahlah aku terjatuh aku tengok si dang memandang aku dari tingkap. Dia tanya "nda sakit ka?" Aku selamba ja bangun duduk atas batu pastu jawab "nda.." Lepas jak aku jawab terus aku nda nampak apa-apa lagi. Kalau ikut cerita si dang, sambungannya dia bertapuk di dalam almari baru dia jerit kuat-kuat kasitau aku terjun dari jendela.. Hahahahahaa... Kelakar betul..

1 comment:
sambungannya lagi terus mama belari turun gi ambi meng...mama peluk dan terus bawa meng di kaki lima luar sambil diusap2nya meng...marah tul mama sama kami sebab biar meng main dekat jendela....hehehe
Post a Comment