Saturday, May 11, 2013



Telur Penyu Rebus - sedap dimakan dengan kicap

Semalam aku mendapat bingkisan dari kakak iparku beberapa biji telur penyu.  'Terima kasih kak'. Walaupun telur penyu ini dikawal namun ada juga terjual di pasaran gelap untuk mereka yang gemar memakan telur penyu.  Aku adalah salah seorang daripada penggemar telur penyu ini.  Semasa aku masih dibangku sekolah, tiada larangan memakan telur penyu ini.  Begitu juga penyu bukanlah haiwan yang dilindungi.  Aku masih ingat lagi bila kami mendapat telur penyu sebanyak satu kotak yang jumlahnya mungkin juga berpuluh-puluh biji.  Waktu itu aku menumpang dirumah makcikku iaitu kakak bapaku di Tawau, sekitar tahun 1960.  Mungkin disebabkan kebiasaan inilah yang membuat aku tidak merasa bersalah memakan telur penyu ditambah lagi rasanya yang sedap dan lemak.  Kedua-dua orang anak-anak ku tidak memakan telur penyu.  Anak perempuanku akan berkata: ' mami nda kesian kah tu penyu?'. Kasihan tu memanglah kasihan tetapi apa boleh buat, sudah menjadi makanan aku.

Sebenarnya aku bukan mau cerita pasal telur penyu.  Tadi semasa aku memakan telur penyu ini tiba-tiba telur yang sudah didalam mulutku terkeluar dan jatuh.  Rupa-rupanya kalau bukan rezeki kita dalam mulut pun boleh terjatuh. he he he.  Mau juga menternak penyu ni tapi tiada kesempatan.

1 comment:

kyro said...

Ooooo...makan telur penyu aaa...

Antara Komen Kamu...

About This Blog

  © Blogger template 'Isfahan' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP