Thursday, May 28, 2009

" SELAMAT PAGI , CIKGU."

Allahyarham Cikgu Hj Jalil, seorang pendidek.









Anak-anak yang mengikuti jejak bapa mereka.




“ Selamat Pagi Cikgu...”


“ Selamat Tengah Hari Cikgu...”


“ Selamat Petang Cikgu....”


Ucapan-ucapan diatas adalah satu penghormatan yang lazimnya dilakukan oleh anak-anak murid setiap hari sebelum bermulanya sesuatu mata pelajaran pada hari itu.

Memandangkan bulan Mei akan hampir tamat, penulis berharap tidak terlewat untuk menujukan satu dedikasi kepada insan-insan yang dipanggil Cikgu atau Guru. Walau pun Hari Guru telah disambut pada 16hb yang lepas, tetapi status Guru adalah sama dengan seorang Ibu (atau Bapa). Mereka perlu dihargai tidak kira hari dan waktu.

Guru adalah bahasa baku sedangkan Cikgu adalah bahasa yang selalu digunakan atau selesa dipanggil oleh anak-anak murid.

Mengikut etimologi perkataan Guru, ianya berasal daripada bahasa Sanskrit, yang mempunyai dua ciri iaitu satu sebagai kata nama am dan satu lagi sebagai kata sifat. Sebagai kata nama am ia membawa maksud cikgu, pendidek atau seorang pendita atau pun Mursyidul Am ( Spiritual Master), contohnya macam Datuk Nik Aziz , Menteri Besar Kelantan. Disamping itu Guru juga membawa maksud penyampai ilmu.

Sebagai kata sifat (adjective), Guru bermaksud “berat” atau “kekuatan” atau “kekayaan” dari segi ilmu (duniawi dan rohani) dan dalam bidang mentelaah ayat-ayat suci (bukan penganut Islam). Bagi seorang Islam yang mempunyai ilmu yang mendalam tentang Ugamanya maka kita panggil dia Tok Guru.

Kata dasar Guru adalah daripada perkataan Sanskrit gri , yang bermaksud menggunakan atau memuji . Perkataan Guru juga dikatakan mempunyai kaitan dengan kata dasar gru yang bermaksud dinaikkan, ditingkatkan, atau diusahakan .

Mengikut Kamus Barnhart, perkataan Latin, gravis (bermaksud kekuatan, penting, serius), ada mempunyai kaitan dengan perkataan Sanskrit Guru.

Didalam beberapa teks sanskrit, umpamanya, Advayataraka Upanishad ada menjelaskan bahawa perkataan Guru itu mempunyai dua silibus, iaitu gu dan ru dimana gu membawa maksud bayang-bayang dan ru membawa maksud dia yang menyelerakkan, (he/she who disperses). Atas maksud ini, maka adalah tepat jika seseorang yang mempunyai kuasa atau keupayaan untuk menyelerakkan kegelapan dipanggil Guru atau Cikgu.

Begitulah perkataan Guru yang mempunyai begitu banyak maknanya. Bagaimana pula watak atau peribadi seseorang yang memegang jawatan sebagai guru atau cikgu ini?

Pada pendapat saya , sebagai seorang Guru atau lebih biasa dipanggil Cikgu oleh anak-anak murid, ia pengganti kepada seorang Ibu atau Bapa . Apabila seorang bayi dilahirkan ke dunia, ia umpama sehelai kain putih; suci, bersih dan tidak tahu apa-apa. Dari perut ibu yang gelap, si bayi dilahirkan untuk menemui cahaya yang terang walau pun dalam usia 6 bulan pertama penglihatan bayi belum lagi 20-20. Insan pertama yang bertanggongjawab memelihara dan memberi kasih sayang ialah seorang ibu dan kemudian dituruti oleh bapanya.
Apabila bayi ini sudah besar dan memasuki alam persekolahan, maka orang yang kedua bertanggungjawab untuk mendidek anak ini ialah seorang cikgu. Di sekolah, cikgulah yang menjadi ibu dan bapa kepada anak-anak ini. Tugas ini terhenti sementara apabila anak-anak didek mereka balik ke rumah. Sedang tugas dan tanggongjawab ibu bapa adalah sepanjang hayat, namun tugas dan tanggongjawab guru hanya setakat semasa di sekolah.

Tugas dan tanggongjawab sebagai seorang cikgu amatlah berat. Tetapi ganjarannya juga besar dan berpanjangan hingga ke akhirat. Ganjaran yang dimaksudkan ini bukanlah merupakan kebendaan semata-mata. Ganjaran adalah merupakan pahala yang diperolehi setiap kali cikgu itu menyampaikan pelajaran dan ilmu kepada anak-anak muridnya. Pelajaran dan ilmu ini merupakan amalan dan saham yang akan dibawa ke akhirat nanti. InsyAllah.

Telah menjadi lumrah dunia, untuk membuat sesuatu yang baik dan mulia itu, kita perlu hadapi segala cabaran dan dugaan. Setiap hari seorang cikgu perlu melalui berbagai-bagai kerenah daripada anak-anak muridnya. Dalam hal ini sebagai seorang cikgu, perlulah banyak bersabar.

Pada saat-saat menangani anak-anak murid yang bermasalah seorang cikgu perlu menggunakan kebijaksanaan dan berprihatin. Seorang cikgu juga perlu peka kepada permasalahan anak-anak murid baik dari segi pelajaran mahu pun emosi. Amatlah mustahak sebagai seorang cikgu memahami bahawa tujuan anak-anak murid ke sekolah bukanlah setakat menerima pelajaran dan latihan semata-mata tetapi lebih penting lagi menerima didekan (education) sebagai bekalan hidup mereka.

Pekerjaan sebagai cikgu ini amatlah mulia lebih-lebih lagi jika cikgu itu menjalankan tugas dan tanggongajwabnya dengan ikhlas, penuh dedikasi dan sanggup berkorban untuk kepentingan anak-anak muridnya. Penulis percaya seorang cikgu itu akan merasa puas dan bangga jika anak-anak dideknya berjaya didalam peperiksaan dan seterusnya berjaya dalam hidup. Perasaan puas dan bangga ini sudah pastinya lebih bernilai daripada segala wang ringgit mahu pun harta.

Kehidupan dalam zaman yang serba moden dan penuh dengan cabaran ini, seorang cikgu seharusnya mempunyai jati diri dan peribadi yang terpuji. Cikgu adalah pembentuk modal insan. Mereka memberi harapan dan perangsang kepada bangsanya untuk maju dan kuat dan justeru menjadi insan yang disegani oleh masyarakat dunia. Cikgu, engkau adalah tonggak bangsa dan negara.

Penulis akhiri dengan....

“ Terima Kasih , Cikgu...;

.....terima kasih kepada Allahyarham Cikgu Hj Jalil kerana mendidek suamiku ."



(p.s. Penulis mohon maaf kerana tidak dapat memaparkan gambar tiga orang lagi cikgu
daripada Keluarga FAJ. Gambar mereka tiada dalam Keeheritage photostream.)


3 comments:

Kee Heritage said...

Thank you for the beautiful post.

sujini said...

You are most welcome. Terlupa kat Babu Jonah.
Gambar dia pun tiada di photostream.

$en$ei said...

hehe... tq

Antara Komen Kamu...

About This Blog

  © Blogger template 'Isfahan' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP