Tuesday, January 11, 2011

tokop oh tokop

Salam semua,

baru juga aku kana invite jd penulis sini. first time ni mo tulis pindik-pindik ja lah. Hari tu loukung s tanya bapa naik apa kalau pigi mana-mana. aku kasi taulah bapa naik basikal rayleigh hitam.

Soalan tu yang mengundang nostalgia tu .. dulu2 di Tandik mana ada orang bawa kereta. Mode of transportation hanyalah berjalan kaki, naik basikal atau naik kerabau.

Bila mengenang cerita kerbau ni .. ingat pula aku ma mama. Satu hari tu dia balik sama2 anak kerbau. Dia bilang kerbau tu untuk aku. Jadi aku punya pet lah lebih kurang. Namanya si tokop. Aku pun iya-iyalah menjaga si tokop. Si tokop lah satu-satunya kerbau yang tinggal di halaman rumah. Barang sapi ma kerbau lain kena tinggal di kandang/kabun sebelah rumah. Kalau mencuba masuk ja pagar kawasan rumah mesti kena halau/teriak.

Jadi ma si tokop lah aku belajar naik kerbau. Adeh .. lambat betul juga bah kalau kerbau jadi kenderaan. berlenggang-lenggang klu kerbau berjalan. Anyway, berbalik kepada si tokop. Satu hari tu si tokop sudah bujang. Mama jual la pula si tokop ma orang dan aku nda sanggup mikir apa nasib si tokop lepas tu .. macam sadis nda cerita si tokop?

Wednesday, June 30, 2010

Selamat Ulang Tahun ♥

Salam. Saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan selamat ulang tahun buat makcik ku babu Obung dan juga sepupuku si Neng. Semoga sentiasa diberikan kesihatan, kesenangan, ketenangan dan kegembiraan. Moga tercapai segala impian dan rezeki yang berpanjangan. Amin :)

Aku rindukan mama, semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh ibuku dan juga bapaku. Amin.

Tuesday, October 27, 2009

BALIK KAMPUNG

Kemarin (26 Oktober 2009) aku ma Leon pulang kampung. Pukul 7.00 pagi kami bertolak dari KK menuju kampung kami di Tandek. Kami singgah di Pandasan untuk sarapan - mee goring dan pisang goreng sama kopi O. Disini banyak keluarga si Jumat bilang si Leon. Pernah diaurang singgah membeli buah2an di kasi saja free sebab ada mama si Jumat sama-sama diaurang.
Sampai dirumah saudara kami yang keuzuran, orang ramai sudah berkumpul. Saudara mara dari jauh dan dekat. Al-fatiha buat saudaraku Majinin yang telah kembali kerahmatullah pada 25 Oktober 2009. Semoga Allah swt mencucuri rahmat keatas rohnya. Amin.

Thursday, May 28, 2009

" SELAMAT PAGI , CIKGU."

Allahyarham Cikgu Hj Jalil, seorang pendidek.









Anak-anak yang mengikuti jejak bapa mereka.




“ Selamat Pagi Cikgu...”


“ Selamat Tengah Hari Cikgu...”


“ Selamat Petang Cikgu....”


Ucapan-ucapan diatas adalah satu penghormatan yang lazimnya dilakukan oleh anak-anak murid setiap hari sebelum bermulanya sesuatu mata pelajaran pada hari itu.

Memandangkan bulan Mei akan hampir tamat, penulis berharap tidak terlewat untuk menujukan satu dedikasi kepada insan-insan yang dipanggil Cikgu atau Guru. Walau pun Hari Guru telah disambut pada 16hb yang lepas, tetapi status Guru adalah sama dengan seorang Ibu (atau Bapa). Mereka perlu dihargai tidak kira hari dan waktu.

Guru adalah bahasa baku sedangkan Cikgu adalah bahasa yang selalu digunakan atau selesa dipanggil oleh anak-anak murid.

Mengikut etimologi perkataan Guru, ianya berasal daripada bahasa Sanskrit, yang mempunyai dua ciri iaitu satu sebagai kata nama am dan satu lagi sebagai kata sifat. Sebagai kata nama am ia membawa maksud cikgu, pendidek atau seorang pendita atau pun Mursyidul Am ( Spiritual Master), contohnya macam Datuk Nik Aziz , Menteri Besar Kelantan. Disamping itu Guru juga membawa maksud penyampai ilmu.

Sebagai kata sifat (adjective), Guru bermaksud “berat” atau “kekuatan” atau “kekayaan” dari segi ilmu (duniawi dan rohani) dan dalam bidang mentelaah ayat-ayat suci (bukan penganut Islam). Bagi seorang Islam yang mempunyai ilmu yang mendalam tentang Ugamanya maka kita panggil dia Tok Guru.

Kata dasar Guru adalah daripada perkataan Sanskrit gri , yang bermaksud menggunakan atau memuji . Perkataan Guru juga dikatakan mempunyai kaitan dengan kata dasar gru yang bermaksud dinaikkan, ditingkatkan, atau diusahakan .

Mengikut Kamus Barnhart, perkataan Latin, gravis (bermaksud kekuatan, penting, serius), ada mempunyai kaitan dengan perkataan Sanskrit Guru.

Didalam beberapa teks sanskrit, umpamanya, Advayataraka Upanishad ada menjelaskan bahawa perkataan Guru itu mempunyai dua silibus, iaitu gu dan ru dimana gu membawa maksud bayang-bayang dan ru membawa maksud dia yang menyelerakkan, (he/she who disperses). Atas maksud ini, maka adalah tepat jika seseorang yang mempunyai kuasa atau keupayaan untuk menyelerakkan kegelapan dipanggil Guru atau Cikgu.

Begitulah perkataan Guru yang mempunyai begitu banyak maknanya. Bagaimana pula watak atau peribadi seseorang yang memegang jawatan sebagai guru atau cikgu ini?

Pada pendapat saya , sebagai seorang Guru atau lebih biasa dipanggil Cikgu oleh anak-anak murid, ia pengganti kepada seorang Ibu atau Bapa . Apabila seorang bayi dilahirkan ke dunia, ia umpama sehelai kain putih; suci, bersih dan tidak tahu apa-apa. Dari perut ibu yang gelap, si bayi dilahirkan untuk menemui cahaya yang terang walau pun dalam usia 6 bulan pertama penglihatan bayi belum lagi 20-20. Insan pertama yang bertanggongjawab memelihara dan memberi kasih sayang ialah seorang ibu dan kemudian dituruti oleh bapanya.
Apabila bayi ini sudah besar dan memasuki alam persekolahan, maka orang yang kedua bertanggungjawab untuk mendidek anak ini ialah seorang cikgu. Di sekolah, cikgulah yang menjadi ibu dan bapa kepada anak-anak ini. Tugas ini terhenti sementara apabila anak-anak didek mereka balik ke rumah. Sedang tugas dan tanggongjawab ibu bapa adalah sepanjang hayat, namun tugas dan tanggongjawab guru hanya setakat semasa di sekolah.

Tugas dan tanggongjawab sebagai seorang cikgu amatlah berat. Tetapi ganjarannya juga besar dan berpanjangan hingga ke akhirat. Ganjaran yang dimaksudkan ini bukanlah merupakan kebendaan semata-mata. Ganjaran adalah merupakan pahala yang diperolehi setiap kali cikgu itu menyampaikan pelajaran dan ilmu kepada anak-anak muridnya. Pelajaran dan ilmu ini merupakan amalan dan saham yang akan dibawa ke akhirat nanti. InsyAllah.

Telah menjadi lumrah dunia, untuk membuat sesuatu yang baik dan mulia itu, kita perlu hadapi segala cabaran dan dugaan. Setiap hari seorang cikgu perlu melalui berbagai-bagai kerenah daripada anak-anak muridnya. Dalam hal ini sebagai seorang cikgu, perlulah banyak bersabar.

Pada saat-saat menangani anak-anak murid yang bermasalah seorang cikgu perlu menggunakan kebijaksanaan dan berprihatin. Seorang cikgu juga perlu peka kepada permasalahan anak-anak murid baik dari segi pelajaran mahu pun emosi. Amatlah mustahak sebagai seorang cikgu memahami bahawa tujuan anak-anak murid ke sekolah bukanlah setakat menerima pelajaran dan latihan semata-mata tetapi lebih penting lagi menerima didekan (education) sebagai bekalan hidup mereka.

Pekerjaan sebagai cikgu ini amatlah mulia lebih-lebih lagi jika cikgu itu menjalankan tugas dan tanggongajwabnya dengan ikhlas, penuh dedikasi dan sanggup berkorban untuk kepentingan anak-anak muridnya. Penulis percaya seorang cikgu itu akan merasa puas dan bangga jika anak-anak dideknya berjaya didalam peperiksaan dan seterusnya berjaya dalam hidup. Perasaan puas dan bangga ini sudah pastinya lebih bernilai daripada segala wang ringgit mahu pun harta.

Kehidupan dalam zaman yang serba moden dan penuh dengan cabaran ini, seorang cikgu seharusnya mempunyai jati diri dan peribadi yang terpuji. Cikgu adalah pembentuk modal insan. Mereka memberi harapan dan perangsang kepada bangsanya untuk maju dan kuat dan justeru menjadi insan yang disegani oleh masyarakat dunia. Cikgu, engkau adalah tonggak bangsa dan negara.

Penulis akhiri dengan....

“ Terima Kasih , Cikgu...;

.....terima kasih kepada Allahyarham Cikgu Hj Jalil kerana mendidek suamiku ."



(p.s. Penulis mohon maaf kerana tidak dapat memaparkan gambar tiga orang lagi cikgu
daripada Keluarga FAJ. Gambar mereka tiada dalam Keeheritage photostream.)


Saturday, May 16, 2009

Thursday, March 5, 2009

Odoi Odu

Pemenang short film Astro Kirana

Odoi Odu



Director: Farizie Bin Morinding
Performers: Grandma Lukiah Bte Mahadi, Grandpa Suman B. Lontou, Mdm, Sabiah Bte Suman, Mdm. Laidah Bte Ghani, Mdm. Noraini Bte A. Hamid, Norhazdwani Bte Wahinin, Mohd Shahrie B.Jusilin
Producer: Farizie Bin Morinding
Genre: Drama
Language: Dusun
Length: 19.45 Min
Screenwriter: Farizie Bin Morinding
Cinematographer: Farizie Bin Morinding
Editor: Farizie Bin Morinding
Sound: Farizie Bin Morinding
Art Director: Farizie Bin Morinding

Synopsis:
Odoi Odu or oh Grandma is a story using the theme of sadness old grandmother. She always saw her late husband. The village people think she is mad but she manage to cope up daily life with only her cat make her happy.

Monday, March 2, 2009

Haram Bertanya ' Dimana tempat Allah ?

Soalan:
Askum…ustaz…saya seorang guru disalah sebuah sekolah kerajaan yang sering mengajak kawan sahabt saya dikalangan guru menunaikan solat berjemaah bila tiba masanya pabila mereka free.
Saya pernah ditanya oleh salah-seorang guru itu yang tidak pernah saya melihat dia menunaikan solat berjamaah bersama kami bahkan ramai yang mengatakan dia tidak solat. Soalan saya, dia kerap melontarkan soalan yang meragukan seperti ditanya “DI MANA TEMPAT BAGI ALLAH?”…adakah soalan sebegini harus untuk ditanya?

_________________


Jawapan:
Wa’alaykumsalam.
Terima kasih kerana menghantar soalan ke email saya. Pertamanya , perlu diketahui bahawa Allah Tuhan yang kita sembah Dia tidak memerlukan kepada mana-mana tempat. Itulah aqidah Islam yang perlu diimana bagi setiap muslim yang dilemparkan soalan seperti di atas.

Berdasarkan kajian para ulama mendapati tiada suatu ayat Al-Quran dan tiada suatu Al-Hadith pun yang mengharuskan soalan seperti itu. Bahkan ulama Islam telah bersepakat bahawa Allah ta’ala tidak diliputi oleh tempat (Rujuk Al-Farqu Bainal Firaq m/s 334).

Maka soalan yang berbunyi “Di mana tempat Allah?” merupakan soalan bid’ah sesat termasuk dalam konsep yang yang ditolak oleh Islam dan tindakan Imam Malik menghukum si penyoal tentang "BENTUK ALLAH" sebagai si bid’ah yang sesat samalah kita menghukum si penyoal soalan "DI MANA TEMPAT ALLAH?" tadi sebagai tukang buat bid’ah lagi sesat dan bertanyakan tempat bagi Allah adalah haram hukumnya bahkan sekiranya seseorang itu mendakwa zat Allah diliputi oleh tempat maka dia jatuh murtad berdasarkan penghukuman Ijmak para ulama. (Rujuk Syarah Fiqhul Akbar).

TAMBAHAN
Manakal hadith Nabi yang terkenal dengan Hadith Al-Jariah di dalamnya tiada langsung Nabi mempersoalkan tempat bagi Allah kerana Allah telah sedia wujud seperti mana sabda baginda sendiri menjelaskan dalam Hadith yang diriwayat Imam Al-Bukhary yang bermaksud: “Allah telah sedia wujud dan selainnya (sprt tempat,langit,arasy dll) belum wujud lagi ”.

Kemudian teks soalan ditanya dalam bahasa Arab tidak harus diterjemahkan tanpa penilaian displin ilmu sebenar, ini kerana soalan Nabi yang tertera dalam sohih Muslim “AINA ALLAH?” adalah bererti soalan menayakan akan martabat dan keagongan Allah di hati Jariah itu dan bukan bertanyakan tempat bagi Allah.

Dalam islam kita diajar menghukum orang lain sebagai Islam dengan dua kalimah syahadah yang dipegang dan diucap bukannya dengan bertanyakan “DI MANA TEMPAT ALLAH?” ! tidak pernah dibuat oleh mana-mana Nabi pun tanya sebegitu.

Mengenai hadith Jariah tadi boleh dirujuk keterangan yang dijelaskan oleh Imam Nawawi dalam Syarah Sohih Muslim.

Ringkasan jawapan pada soalan di atas adalah haram hukumnya bertanyakan soalan “DI MANA TEMPAT BAGI ALLAH?” bahkan terkeluar dari Islam sesiapa yang menyamakan Allah dengan makhluk seperti mendakwa zat Allah itu memerlukan tempat atau berbentuk & bertempat.

www.ustaz-rasyiq.blogspot.com

Antara Komen Kamu...

About This Blog

  © Blogger template 'Isfahan' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP