Tuesday, October 27, 2009

BALIK KAMPUNG

Kemarin (26 Oktober 2009) aku ma Leon pulang kampung. Pukul 7.00 pagi kami bertolak dari KK menuju kampung kami di Tandek. Kami singgah di Pandasan untuk sarapan - mee goring dan pisang goreng sama kopi O. Disini banyak keluarga si Jumat bilang si Leon. Pernah diaurang singgah membeli buah2an di kasi saja free sebab ada mama si Jumat sama-sama diaurang.
Sampai dirumah saudara kami yang keuzuran, orang ramai sudah berkumpul. Saudara mara dari jauh dan dekat. Al-fatiha buat saudaraku Majinin yang telah kembali kerahmatullah pada 25 Oktober 2009. Semoga Allah swt mencucuri rahmat keatas rohnya. Amin.

Thursday, May 28, 2009

" SELAMAT PAGI , CIKGU."

Allahyarham Cikgu Hj Jalil, seorang pendidek.









Anak-anak yang mengikuti jejak bapa mereka.




“ Selamat Pagi Cikgu...”


“ Selamat Tengah Hari Cikgu...”


“ Selamat Petang Cikgu....”


Ucapan-ucapan diatas adalah satu penghormatan yang lazimnya dilakukan oleh anak-anak murid setiap hari sebelum bermulanya sesuatu mata pelajaran pada hari itu.

Memandangkan bulan Mei akan hampir tamat, penulis berharap tidak terlewat untuk menujukan satu dedikasi kepada insan-insan yang dipanggil Cikgu atau Guru. Walau pun Hari Guru telah disambut pada 16hb yang lepas, tetapi status Guru adalah sama dengan seorang Ibu (atau Bapa). Mereka perlu dihargai tidak kira hari dan waktu.

Guru adalah bahasa baku sedangkan Cikgu adalah bahasa yang selalu digunakan atau selesa dipanggil oleh anak-anak murid.

Mengikut etimologi perkataan Guru, ianya berasal daripada bahasa Sanskrit, yang mempunyai dua ciri iaitu satu sebagai kata nama am dan satu lagi sebagai kata sifat. Sebagai kata nama am ia membawa maksud cikgu, pendidek atau seorang pendita atau pun Mursyidul Am ( Spiritual Master), contohnya macam Datuk Nik Aziz , Menteri Besar Kelantan. Disamping itu Guru juga membawa maksud penyampai ilmu.

Sebagai kata sifat (adjective), Guru bermaksud “berat” atau “kekuatan” atau “kekayaan” dari segi ilmu (duniawi dan rohani) dan dalam bidang mentelaah ayat-ayat suci (bukan penganut Islam). Bagi seorang Islam yang mempunyai ilmu yang mendalam tentang Ugamanya maka kita panggil dia Tok Guru.

Kata dasar Guru adalah daripada perkataan Sanskrit gri , yang bermaksud menggunakan atau memuji . Perkataan Guru juga dikatakan mempunyai kaitan dengan kata dasar gru yang bermaksud dinaikkan, ditingkatkan, atau diusahakan .

Mengikut Kamus Barnhart, perkataan Latin, gravis (bermaksud kekuatan, penting, serius), ada mempunyai kaitan dengan perkataan Sanskrit Guru.

Didalam beberapa teks sanskrit, umpamanya, Advayataraka Upanishad ada menjelaskan bahawa perkataan Guru itu mempunyai dua silibus, iaitu gu dan ru dimana gu membawa maksud bayang-bayang dan ru membawa maksud dia yang menyelerakkan, (he/she who disperses). Atas maksud ini, maka adalah tepat jika seseorang yang mempunyai kuasa atau keupayaan untuk menyelerakkan kegelapan dipanggil Guru atau Cikgu.

Begitulah perkataan Guru yang mempunyai begitu banyak maknanya. Bagaimana pula watak atau peribadi seseorang yang memegang jawatan sebagai guru atau cikgu ini?

Pada pendapat saya , sebagai seorang Guru atau lebih biasa dipanggil Cikgu oleh anak-anak murid, ia pengganti kepada seorang Ibu atau Bapa . Apabila seorang bayi dilahirkan ke dunia, ia umpama sehelai kain putih; suci, bersih dan tidak tahu apa-apa. Dari perut ibu yang gelap, si bayi dilahirkan untuk menemui cahaya yang terang walau pun dalam usia 6 bulan pertama penglihatan bayi belum lagi 20-20. Insan pertama yang bertanggongjawab memelihara dan memberi kasih sayang ialah seorang ibu dan kemudian dituruti oleh bapanya.
Apabila bayi ini sudah besar dan memasuki alam persekolahan, maka orang yang kedua bertanggungjawab untuk mendidek anak ini ialah seorang cikgu. Di sekolah, cikgulah yang menjadi ibu dan bapa kepada anak-anak ini. Tugas ini terhenti sementara apabila anak-anak didek mereka balik ke rumah. Sedang tugas dan tanggongjawab ibu bapa adalah sepanjang hayat, namun tugas dan tanggongjawab guru hanya setakat semasa di sekolah.

Tugas dan tanggongjawab sebagai seorang cikgu amatlah berat. Tetapi ganjarannya juga besar dan berpanjangan hingga ke akhirat. Ganjaran yang dimaksudkan ini bukanlah merupakan kebendaan semata-mata. Ganjaran adalah merupakan pahala yang diperolehi setiap kali cikgu itu menyampaikan pelajaran dan ilmu kepada anak-anak muridnya. Pelajaran dan ilmu ini merupakan amalan dan saham yang akan dibawa ke akhirat nanti. InsyAllah.

Telah menjadi lumrah dunia, untuk membuat sesuatu yang baik dan mulia itu, kita perlu hadapi segala cabaran dan dugaan. Setiap hari seorang cikgu perlu melalui berbagai-bagai kerenah daripada anak-anak muridnya. Dalam hal ini sebagai seorang cikgu, perlulah banyak bersabar.

Pada saat-saat menangani anak-anak murid yang bermasalah seorang cikgu perlu menggunakan kebijaksanaan dan berprihatin. Seorang cikgu juga perlu peka kepada permasalahan anak-anak murid baik dari segi pelajaran mahu pun emosi. Amatlah mustahak sebagai seorang cikgu memahami bahawa tujuan anak-anak murid ke sekolah bukanlah setakat menerima pelajaran dan latihan semata-mata tetapi lebih penting lagi menerima didekan (education) sebagai bekalan hidup mereka.

Pekerjaan sebagai cikgu ini amatlah mulia lebih-lebih lagi jika cikgu itu menjalankan tugas dan tanggongajwabnya dengan ikhlas, penuh dedikasi dan sanggup berkorban untuk kepentingan anak-anak muridnya. Penulis percaya seorang cikgu itu akan merasa puas dan bangga jika anak-anak dideknya berjaya didalam peperiksaan dan seterusnya berjaya dalam hidup. Perasaan puas dan bangga ini sudah pastinya lebih bernilai daripada segala wang ringgit mahu pun harta.

Kehidupan dalam zaman yang serba moden dan penuh dengan cabaran ini, seorang cikgu seharusnya mempunyai jati diri dan peribadi yang terpuji. Cikgu adalah pembentuk modal insan. Mereka memberi harapan dan perangsang kepada bangsanya untuk maju dan kuat dan justeru menjadi insan yang disegani oleh masyarakat dunia. Cikgu, engkau adalah tonggak bangsa dan negara.

Penulis akhiri dengan....

“ Terima Kasih , Cikgu...;

.....terima kasih kepada Allahyarham Cikgu Hj Jalil kerana mendidek suamiku ."



(p.s. Penulis mohon maaf kerana tidak dapat memaparkan gambar tiga orang lagi cikgu
daripada Keluarga FAJ. Gambar mereka tiada dalam Keeheritage photostream.)


Saturday, May 16, 2009

Thursday, March 5, 2009

Odoi Odu

Pemenang short film Astro Kirana

Odoi Odu



Director: Farizie Bin Morinding
Performers: Grandma Lukiah Bte Mahadi, Grandpa Suman B. Lontou, Mdm, Sabiah Bte Suman, Mdm. Laidah Bte Ghani, Mdm. Noraini Bte A. Hamid, Norhazdwani Bte Wahinin, Mohd Shahrie B.Jusilin
Producer: Farizie Bin Morinding
Genre: Drama
Language: Dusun
Length: 19.45 Min
Screenwriter: Farizie Bin Morinding
Cinematographer: Farizie Bin Morinding
Editor: Farizie Bin Morinding
Sound: Farizie Bin Morinding
Art Director: Farizie Bin Morinding

Synopsis:
Odoi Odu or oh Grandma is a story using the theme of sadness old grandmother. She always saw her late husband. The village people think she is mad but she manage to cope up daily life with only her cat make her happy.

Monday, March 2, 2009

Haram Bertanya ' Dimana tempat Allah ?

Soalan:
Askum…ustaz…saya seorang guru disalah sebuah sekolah kerajaan yang sering mengajak kawan sahabt saya dikalangan guru menunaikan solat berjemaah bila tiba masanya pabila mereka free.
Saya pernah ditanya oleh salah-seorang guru itu yang tidak pernah saya melihat dia menunaikan solat berjamaah bersama kami bahkan ramai yang mengatakan dia tidak solat. Soalan saya, dia kerap melontarkan soalan yang meragukan seperti ditanya “DI MANA TEMPAT BAGI ALLAH?”…adakah soalan sebegini harus untuk ditanya?

_________________


Jawapan:
Wa’alaykumsalam.
Terima kasih kerana menghantar soalan ke email saya. Pertamanya , perlu diketahui bahawa Allah Tuhan yang kita sembah Dia tidak memerlukan kepada mana-mana tempat. Itulah aqidah Islam yang perlu diimana bagi setiap muslim yang dilemparkan soalan seperti di atas.

Berdasarkan kajian para ulama mendapati tiada suatu ayat Al-Quran dan tiada suatu Al-Hadith pun yang mengharuskan soalan seperti itu. Bahkan ulama Islam telah bersepakat bahawa Allah ta’ala tidak diliputi oleh tempat (Rujuk Al-Farqu Bainal Firaq m/s 334).

Maka soalan yang berbunyi “Di mana tempat Allah?” merupakan soalan bid’ah sesat termasuk dalam konsep yang yang ditolak oleh Islam dan tindakan Imam Malik menghukum si penyoal tentang "BENTUK ALLAH" sebagai si bid’ah yang sesat samalah kita menghukum si penyoal soalan "DI MANA TEMPAT ALLAH?" tadi sebagai tukang buat bid’ah lagi sesat dan bertanyakan tempat bagi Allah adalah haram hukumnya bahkan sekiranya seseorang itu mendakwa zat Allah diliputi oleh tempat maka dia jatuh murtad berdasarkan penghukuman Ijmak para ulama. (Rujuk Syarah Fiqhul Akbar).

TAMBAHAN
Manakal hadith Nabi yang terkenal dengan Hadith Al-Jariah di dalamnya tiada langsung Nabi mempersoalkan tempat bagi Allah kerana Allah telah sedia wujud seperti mana sabda baginda sendiri menjelaskan dalam Hadith yang diriwayat Imam Al-Bukhary yang bermaksud: “Allah telah sedia wujud dan selainnya (sprt tempat,langit,arasy dll) belum wujud lagi ”.

Kemudian teks soalan ditanya dalam bahasa Arab tidak harus diterjemahkan tanpa penilaian displin ilmu sebenar, ini kerana soalan Nabi yang tertera dalam sohih Muslim “AINA ALLAH?” adalah bererti soalan menayakan akan martabat dan keagongan Allah di hati Jariah itu dan bukan bertanyakan tempat bagi Allah.

Dalam islam kita diajar menghukum orang lain sebagai Islam dengan dua kalimah syahadah yang dipegang dan diucap bukannya dengan bertanyakan “DI MANA TEMPAT ALLAH?” ! tidak pernah dibuat oleh mana-mana Nabi pun tanya sebegitu.

Mengenai hadith Jariah tadi boleh dirujuk keterangan yang dijelaskan oleh Imam Nawawi dalam Syarah Sohih Muslim.

Ringkasan jawapan pada soalan di atas adalah haram hukumnya bertanyakan soalan “DI MANA TEMPAT BAGI ALLAH?” bahkan terkeluar dari Islam sesiapa yang menyamakan Allah dengan makhluk seperti mendakwa zat Allah itu memerlukan tempat atau berbentuk & bertempat.

www.ustaz-rasyiq.blogspot.com

Friday, February 6, 2009

Ziarah Kubur

Imam kita asy-Syafi`i meriwayatkan daripada Ibraahiim bin Muhammad daripada Ja’far bin Muhammad daripada ayahandanya bahawasanya Junjungan Nabi s.a.w. telah menyiram (air) atas kubur anakanda baginda Ibrahim dan meletakkan atasnya batu-batu kerikil. Riwayat ini terkandung dalam “Musnad al-Imam al-Mu`adzhdzham wal Mujtahid al-Muqaddam Abi ‘Abdillah Muhammad bin Idris asy-Syafi`i r.a.“, juzuk 1, halaman 215.

Maka perbuatan baginda inilah yang dijadikan dalil oleh para ulama kita untuk menghukumkan sunnat menjirus atau menyiram air ke atas pusara si mati diiringi doa agar Allah mencucurikan rahmat dan kasih sayangNya kepada almarhum/almarhumah. Amalan ini sudah sebati dengan masyarakat kita, walaupun sesekali ada yang mempertikaikannya. Pernah aku mendengar seseorang dalam ceramahnya yang berapi-api membid`ahkan amalan ini. Maaf maaf cakap, mungkin pengajiannya belum tamat agaknya, atau mungkin waktu tok guru sedang mengajar bab ini dia tertidur atau ponteng tak turun kuliyyah agaknya.

Pihak yang melakukannya pula ada yang hanya ikut-ikutan sahaja tanpa mengetahui hukumnya dalam mazhab yang kita pegangi. Ada yang melakukannya tetapi tidak kena caranya sehingga berubah hukumnya dari sunnat menjadi makruh. Untuk manfaat bersama, amalan menjirus air ke kubur dipandang SUNNAT dalam mazhab kita Syafi`i. Tetapi yang disunnatkan hanya dengan air semata-mata dan bukannya air mawar sebagaimana kelaziman sesetengah masyarakat kita. Menjirus air dengan air mawar dihukumkan MAKRUH kerana ianya merupakan satu pembaziran. Dan mutakhir ini, timbul tradisi yang tidak sihat, di mana penziarah, terutama dari kalangan berada, membuang duit untuk membeli jambangan bunga untuk diletakkan di atas pusara, persis kelakuan dan perlakuan penganut agama lain. Kalau dahulu, orang hanya memetik bunga-bungaan yang ditanamnya sendiri di sekeliling rumah seperti daun pandan, bunga narjis dan sebagainya yang diperolehi dengan mudah dan tanpa sebarang kos. Ini tidaklah menjadi masalah kerana boleh dikiaskan perbuatan Junjungan yang meletakkan pelepah tamar atas kubur. Tetapi menghias kubur dengan jambangan bunga yang dibeli dengan harga yang mahal, maka tidaklah digalakkan bahkan tidak lepas dari serendah-rendahnya dihukumkan makruh yakni dibenci Allah dan rasulNya dan diberi pahala pada meninggalkannya, seperti juga menjirus kubur dengan air mawar. Maka hendaklah dihentikan perbuatan menghias-hias kubur secara berlebihan, membazir dan membuangkan harta. Adalah lebih baik jika wang yang digunakan untuk tujuan tersebut disedekahkan kepada faqir dan miskin atas nama si mati, dan ketahuilah bahawa sampainya pahala sedekah harta kepada si mati telah disepakati oleh sekalian ulama tanpa ada khilaf.

Dalam “I`anatuth Tholibin” karya Sidi Syatha ad-Dimyathi, jilid 2, mukasurat 135 - 136 dinyatakan:-

و يسن أيضا وضع حجر أو خشبة عند رأس الميت،
لأنه صلى الله عليه و سلم وضع عند رأس عثمان بن مظعون
صخرة،
و قال: أتعلم بها قبر أخي لأدفن فيه من مات من أهلي.
و رش القبر بالماء لئلا ينسفه الريح،
و لأنه صلى الله عليه و سلم فعل ذلك بقبر ابنه إبراهيم.
راوه الشافعي، و بقبر سعد رواه ابن ماجه،
و امر به في قبر عثمان بن مظعون راوه الترمذي.
و سعد هذا هو ابن معاذ.
و يستحب ان يكون الماء طاهر طهورا باردا،
تفاؤلا بأن الله تعالى يبرد مضجعه.
و يكره رشه بماء ورد و نحوه، لأنه إسراف و إضاعة مال

Dan disunnatkan meletakkan batu atau kayu (nisan) di sisi kepala mayyit, kerana bahawasanya Junjungan Nabi s.a.w. meletakkan sebiji batu besar (nisan) di sisi kepala (kubur) Sayyidina ‘Utsman bin Madzh`uun, dan Junjungan bersabda: “Agar diketahui dengannya kubur saudaraku supaya aku boleh mengkebumikan padanya sesiapa yang mati daripada keluargaku”. Dan (disunnatkan) menyiram (menjirus) kubur dengan air agar debu-debu tanah tidak ditiup angin dan kerana bahawasanya Junjungan Nabi s.a.w. melakukan sedemikian pada kubur anakanda baginda Sayyidina Ibrahim sebagaimana diriwayatkan oleh Imam asy-Syafi`i; Dan juga pada kubur Sa`ad (yakni Sa`ad bin Mu`aadz) sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Ibnu Majah, dan Junjungan s.a.w. telah memerintahkan dengannya (yakni dengan menjirus air) pada kubur Sayyidina ‘Utsman bin Madzh`uun sebagaimana diriwayatkan oleh Imam at-Tirmidzi. Dan yang mustahab adalah air tersebut suci lagi mensucikan dan sejuk (air mutlak biasa, jangan pulak disalahfaham dengan air sejuk peti ais plak), sebagai tafa`ul (mengambil sempena) mudah-mudahan Allah menyejukkan kubur si mati (yakni menyamankan keadaan si mati di tempat perbaringannya dalam kubur tersebut). Dan makruh menyiram atau menjirus dengan air mawar atau seumpamanya kerana perbuatan tersebut adalah satu pembaziran dan mensia-siakan harta.

Begitulah ketentuan hukum menjirus kubur dengan air biasa dalam mazhab kita asy-Syafi`i. Diharap sesiapa yang telah beramal, tahu yang amalannya itu adalah sebagai menurut perbuatan Junjungan Nabi s.a.w. dan hendaklah diharap pahala atas amalannya tersebut dengan niat mencontohi amalan baginda. Sebagai penutup aku ingin berkongsi satu doa yang disusun oleh ulama, yang munasabah dibaca tatkala menyiram air atas pusara bermula dari kepala si mati hingga ke kakinya, iaitu:-

سَقَى اللهُ ثَرَاهُ (ثَرَاهَا)

وَ بَرَّدَ اللهُ مَضْجَعَهُ (مَضْجَعَهَا)

وَ جَعَلَ الْجَنَّةَ مَثْوَاهُ (مَثْوَاهَا)

saqaa-Allahu tsaraahu; wa barrada-Allahu madhja`ahu; wa ja`alal jannata matswaahu

Moga-moga Allah menyirami kuburnya (dengan hujan rahmat dan kasih sayang serta menghilangkan dahaganya); Dan menyamankan tempat perbaringannya; Dan menjadikan syurga tempat kediamannya.


الله اعلم

Baca al-Quran di kubur

Baca al-Quran di kubur

Maulana Asyraf ‘Ali Thanwi adalah antara ulama kenamaan India keluaran Darul Ulum Deoband. Beliau, yang terkenal dengan gelaran Hakimul Ummah dan Mujaddidul Millah, telah dilahirkan di Thana Bhawan, Muzaffarnagar, Uttar Pradesh pada 5 Rabi`ul Akhir 1280H (19 September 1863M). Antara guru-gurunya ialah Mawlana Haji Imdadullah Muhajir Makki, Syaikhul Hind Maulana Mahmud Hasan, Maulana Rasyid Ahmad Gangoh, Maulana Muhammad Qasim Nanotawi dan Maulana Muhammad Ya’qub Nanotawi. Beliau meninggalkan dunia yang fana ini pada 2 Rejab 1362H ( 4 Julai 1943) dan disemadikan di Thana Bhawan. Moga Allah merahmatinya dan menempatkannya di kalangan para sholihin…… al-Fatihah.

Maulana Asyraf ‘Ali Thanwi dalam karyanya berjodol “Syauqu Wathan” menulis seperti berikut:-

Diriwayatkan oleh al-Khalaal dalam “al-Jami`” daripada asy-Sya’bi yang berkata: “Adalah orang-orang Anshar apabila mati seseorang daripada mereka, berulang-aliklah mereka ke kubur si mati tadi untuk membaca al-Quran baginya (yakni bagi si mati) - Syarhush Shudur. Maka komentarku (yakni komentar Maulana Asyraf):- Kalaulah tidak sampai (pahala bacaan al-Quran tersebut) dalam pandangan mereka, maka kenapakah mereka membacanya (yakni kaum Anshar membaca al-Quran bagi si mati di kuburnya kerana mereka percaya bahawa pahala bacaan tersebut boleh sampai dan bermanfaat kepada si mati, jika mereka tidak berpendapat sedemikian maka kenapakah mereka membacanya). Dan mereka tidak akan beri’tiqad sampainya pahala tersebut tanpa ada dalil, maka tsabitlah sampainya pahala bacaan kepada si mati. (Yakni perbuatan kaum Anshar untuk membaca al-Quran di kubur membuktikan wujudnya atau adanya dalil yang menyatakan sampainya pahala bacaan al-Quran kepada si mati).
Lihatlah wahai ikhwah yang budiman, bagaimana Maulana Asyraf menjadikan perbuatan kaum Anshar untuk membaca al-Quran di kubur sebagai dalil mengenai bermanfaatnya dan sampainya pahala bacaan tersebut kepada si mati. Inilah pandangan jumhur ulama Ahlus Sunnah wal Jama`ah, jikapun tidak dianggap sebagai ijma`. Seharusnya pandangan ini tidak dipinggirkan kerana inilah pandangan “mainstream” umat Islam tanpa mengira apa mazhab mereka. Perbuatan suka mengkritik pendapat yang telah menjadi amalan lumrah masyarakat dan termasuk perkara khilafiyyah yang dibenarkan syarak yang mulia, amatlah tidak wajar dan perbuatan sebegini boleh membinasakan ukhuwwah dan perpaduan yang wujud dalam masyarakat. Sayogianya perbuatan tersebut dihentikan, biarlah masyarakat beramal dengan keyakinan mereka asalkan ianya tidak terkeluar dari syariat Islam sebagaimana dinyatakan oleh para ulamanya umat ini.
http://bahrusshofa.blogspot.com

Monday, February 2, 2009

zaman anak-anak...

Salam semua apa khabar? Hujung minggu ni rajin pula saya menulis blog... tadi saya surfing tengok blog kawan-kawan maya ni sambil baca tulisan dorang... tiba-tiba saya teringat kenangan masa kecil-kecil... aku tidak tau la aku sudah pernah cerita ka belum, kalau sudah siou ki..

Aku ni memang anak bapa, kalau time makan apa saja bapa taruh di piring aku makan sampai habis kenapalah aku nda suka tu makanan. Kalau malam kami punya fave show adalah rancangan WWF.. gustilah apa lagi.. hahaha... Hulk Hogan tu idola aku dulu. Aku percaya betul kalau minum jus sayur buli kuat macam dia tapi nda juga aku sanggup mo minum. Kalau mama pula aku selalu bergaduh sama dia, tapi itu luaran saja. Kalau sudah petang mama masih juga belum pulang dari kebun mula la aku tu pigi mencari dan menanya semua orang kalau ada nampak mama. Aku ni ego sikit kalau sama mama... mungkin sebab dia garang sama aku dan sebab dia selalu marah aku walaupun orang lain yang buat salah... tu yang aku tensen sikit tu..hehehe... Tapi begitu pun aku sama mama selalu juga tengok tv sama-sama. Dia paling suka rancangan menyanyi Hiburan Minggu Ini. Aku paling nda suka ini program la tapi sebab mama suka tingu aku tunggu tu rancangan mula, lepas tu kalau start sudah mulai la aku memanggil mama suruh tingu sama-sama. Mama mesti suruh aku buatkan dia kopi di cangkir tapi bila aku buat dia bilang nda sedap. Manakan nda aku buatkan dia nescafe manalah dia suka. Jadi lama-lama aku belajar buat kopi tumbuk untuk dia la. Tapi masih juga kena komplen, sebab ada pula taik kopi timbul-timbul... Hahaha.... aku ni egois.. sampai sekarang aku suka pura-pura saja suka menggadu, sebab aku nda pandai tunjuk perasaan... Antara yang selalu kena buli ialah si Yet, si Dayang, si Onon... siapa lagi? siapa lagi? siou ki... hahahaha... si Adik aku nda pernah buli sebab dia kawan aku mengasi kena orang dengan trik2 kami hahaha... si Leon?! Cis dia yang selalu buli aku... kurang asam.. biasanya aku sama si Dayang yang kena buli oleh dia... hahahah... kelakarnya kalau diingatkan..

Kalau petang-petang aku sama bapa mesti pigi memancing, joran kami dibuat dari batang bambu yang kecil tu, diikat sama tali tangsi pastu buat pelampungnya dari papan playwood nipis. Selalu umpan kami special... mesti dapat ikan punya! Mulanya bapa suka guna cacing tapi aku geli berabis terpaksa la dia buatkan aku umpan khas yang dibuat pakai tepung campur belacan. Hehehe.. Sanalah kami di rumpun bambu memancing... best betul. Memancing macam begitu sajalah aku pandai, kalau suruh pakai joran mahal-mahal tu manalah aku tau..

Kalau weekend selalunya si Dayang ma si Angah mesti balik Tandek punyalah, kalau nda aku yang pigi sana. Aku ma si Dayang selalu mengasi tinggal2 si Angah sebab takut dia mengadu sama mamanya, apakan nda aku sama si Dayang tu pura-pura saja pigi rumah si Babu Rukinah padahal kami main di siring sungai. Biasanya kami putik tu buah sayur kayu manis (itu kaitu namanya sudah lupa pula) yang rupanya macam buah manggis kicil tu, pastu kami umban-umban di sungai... hahaha...

Masa sekolah rendah dalam darjah 4 ka 5, aku berminat betul mo jadi rockers! Ades... kalau petang teriak-teriak la aku menyanyi lagu wings atau search di tangga dapur.. nasib baik dorang si babu nda marah... hehehe.. di rumah pun tiada orang jadi senang la aku mo teriak! Kalau bapa sama mama ada di rumah aku diam-diam la saja... Time tu kalau si Yus pulang kampung walkman si Yus la selalu jadi mangsa, baru si Yus punya sayang dia punya walkman, kalau mau buka atau tutup tu tempat simpan kaset nda buli kasar... hehehe... aku ni pula memang kasar habis rusak harta dia. Kesian, sorry lah yus... hehehe... selalunya kalau aku mandi lamaaaaaaaaaa betul! Sebenarnya aku isi tu baldi beeeeeeeeeesar sampai penuh air, pastu aku berendam sambil buka shower... lepas tu aku menyanyi lagi teriak-teriak. Satu kali si Yus punya marah dia ketuk-ketuk dinding tu bilik mandi pakai beruti dari tanah! Hahahaha.... aduih kelakarnya kalau diingat!

Masa aku kecil ada satu yang menjadi kemusykilan aku, asal aku buka album lama di rumah aku heran la tinguk ada gambar-gambar orang yang aku nda kenal dalam tu album.. siapa ni orang-orang dalam gambar? Tambah lagi ada dua perempuan gambar dia selalu saja ada, cantik pula tu... Di sebabkan ada juga terselit gambar Saloma sama P. Ramli aku sangka ni dua orang perempuan ni artis jugalah, yang satu aku ingat penyanyi (memang pun dia penyanyi... si Faye hahaha..) dan satu lagi aku ingat pelakon.. haaa cuba teka siapa kah pelakon tu? kakak aku yang paling tua la.. hahaha... Lepas tu lama-lama baru aku tau aku ada ramai adik-beradik... Hmm kenapa aku boleh lupa memori sebelum itu aku pun tidak tahu. Ada certain saja yang aku ingat..

Tapi masa kecil-kecil kalau cuti sekolah penggal akhir tahun biasanya kami jalan-jalan pigi sana Semenanjung ramai-ramai. Tapi yang aku nda buli lupa, first trip tu mama nda suruh aku ikut sebab alasan dia sangat lah best... tiada orang mo jaga tu ayam.. adeh.. jadi first trip tu kalau tidak silap masa aku darjah dua tu... dorang siok2 jalan pigi sana KL aku di kampung jaga ayam.. Apa lagi hari-hari aku bergaduh sama tu ayam-ayam... aku tabur padi atau jagung mo kasi makan konon, pastu kalau tu ayam datang aku sergah la lepas tu kejar-kejar di halaman rumah macam orang sot... hahaha.. Kalau cuti penggal yang pendek-pendek tu selalunya aku pi rumah si Faye mo jumpa si Adik. Hahaha... Sekarang tua sudah kami... nda sudah la cam time dulu-dulu. Sekarang aku selalu ketawa-ketawa tinguk anak-anak sudara kecil-kecil, yang ongkol bermain sama anak2 buah... hahaha.. macam kami pulak igugulu... cuma permainan dorang saja nda sama..

Haiya.. kadang-kadang aku wish berabis mo balik pi zaman kanak-kanak sampai pernah satu kali aku tertidur dan mimpi zaman kanak-kanak. Mimpi tu punyalah real sekali aku terbangun aku tidak kenal bilik aku sendiri. Aku heran kenapa aku saturang di tempat asing, pastu sekali terpusing tinguk cermin... tua sudah!! Terus aku menangis sebab aku sangka tiba-tiba saja aku jadi tua tinggal saturang-saturang... kakakaka... slow slow baru aku punya memory pulih dan realized yang aku bermimpi dan hakikatnya aku memang sudah tua... kakakakah... terus aku terketawa sendiri..

Antara Komen Kamu...

About This Blog

  © Blogger template 'Isfahan' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP