Friday, February 6, 2009

Ziarah Kubur

Imam kita asy-Syafi`i meriwayatkan daripada Ibraahiim bin Muhammad daripada Ja’far bin Muhammad daripada ayahandanya bahawasanya Junjungan Nabi s.a.w. telah menyiram (air) atas kubur anakanda baginda Ibrahim dan meletakkan atasnya batu-batu kerikil. Riwayat ini terkandung dalam “Musnad al-Imam al-Mu`adzhdzham wal Mujtahid al-Muqaddam Abi ‘Abdillah Muhammad bin Idris asy-Syafi`i r.a.“, juzuk 1, halaman 215.

Maka perbuatan baginda inilah yang dijadikan dalil oleh para ulama kita untuk menghukumkan sunnat menjirus atau menyiram air ke atas pusara si mati diiringi doa agar Allah mencucurikan rahmat dan kasih sayangNya kepada almarhum/almarhumah. Amalan ini sudah sebati dengan masyarakat kita, walaupun sesekali ada yang mempertikaikannya. Pernah aku mendengar seseorang dalam ceramahnya yang berapi-api membid`ahkan amalan ini. Maaf maaf cakap, mungkin pengajiannya belum tamat agaknya, atau mungkin waktu tok guru sedang mengajar bab ini dia tertidur atau ponteng tak turun kuliyyah agaknya.

Pihak yang melakukannya pula ada yang hanya ikut-ikutan sahaja tanpa mengetahui hukumnya dalam mazhab yang kita pegangi. Ada yang melakukannya tetapi tidak kena caranya sehingga berubah hukumnya dari sunnat menjadi makruh. Untuk manfaat bersama, amalan menjirus air ke kubur dipandang SUNNAT dalam mazhab kita Syafi`i. Tetapi yang disunnatkan hanya dengan air semata-mata dan bukannya air mawar sebagaimana kelaziman sesetengah masyarakat kita. Menjirus air dengan air mawar dihukumkan MAKRUH kerana ianya merupakan satu pembaziran. Dan mutakhir ini, timbul tradisi yang tidak sihat, di mana penziarah, terutama dari kalangan berada, membuang duit untuk membeli jambangan bunga untuk diletakkan di atas pusara, persis kelakuan dan perlakuan penganut agama lain. Kalau dahulu, orang hanya memetik bunga-bungaan yang ditanamnya sendiri di sekeliling rumah seperti daun pandan, bunga narjis dan sebagainya yang diperolehi dengan mudah dan tanpa sebarang kos. Ini tidaklah menjadi masalah kerana boleh dikiaskan perbuatan Junjungan yang meletakkan pelepah tamar atas kubur. Tetapi menghias kubur dengan jambangan bunga yang dibeli dengan harga yang mahal, maka tidaklah digalakkan bahkan tidak lepas dari serendah-rendahnya dihukumkan makruh yakni dibenci Allah dan rasulNya dan diberi pahala pada meninggalkannya, seperti juga menjirus kubur dengan air mawar. Maka hendaklah dihentikan perbuatan menghias-hias kubur secara berlebihan, membazir dan membuangkan harta. Adalah lebih baik jika wang yang digunakan untuk tujuan tersebut disedekahkan kepada faqir dan miskin atas nama si mati, dan ketahuilah bahawa sampainya pahala sedekah harta kepada si mati telah disepakati oleh sekalian ulama tanpa ada khilaf.

Dalam “I`anatuth Tholibin” karya Sidi Syatha ad-Dimyathi, jilid 2, mukasurat 135 - 136 dinyatakan:-

و يسن أيضا وضع حجر أو خشبة عند رأس الميت،
لأنه صلى الله عليه و سلم وضع عند رأس عثمان بن مظعون
صخرة،
و قال: أتعلم بها قبر أخي لأدفن فيه من مات من أهلي.
و رش القبر بالماء لئلا ينسفه الريح،
و لأنه صلى الله عليه و سلم فعل ذلك بقبر ابنه إبراهيم.
راوه الشافعي، و بقبر سعد رواه ابن ماجه،
و امر به في قبر عثمان بن مظعون راوه الترمذي.
و سعد هذا هو ابن معاذ.
و يستحب ان يكون الماء طاهر طهورا باردا،
تفاؤلا بأن الله تعالى يبرد مضجعه.
و يكره رشه بماء ورد و نحوه، لأنه إسراف و إضاعة مال

Dan disunnatkan meletakkan batu atau kayu (nisan) di sisi kepala mayyit, kerana bahawasanya Junjungan Nabi s.a.w. meletakkan sebiji batu besar (nisan) di sisi kepala (kubur) Sayyidina ‘Utsman bin Madzh`uun, dan Junjungan bersabda: “Agar diketahui dengannya kubur saudaraku supaya aku boleh mengkebumikan padanya sesiapa yang mati daripada keluargaku”. Dan (disunnatkan) menyiram (menjirus) kubur dengan air agar debu-debu tanah tidak ditiup angin dan kerana bahawasanya Junjungan Nabi s.a.w. melakukan sedemikian pada kubur anakanda baginda Sayyidina Ibrahim sebagaimana diriwayatkan oleh Imam asy-Syafi`i; Dan juga pada kubur Sa`ad (yakni Sa`ad bin Mu`aadz) sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Ibnu Majah, dan Junjungan s.a.w. telah memerintahkan dengannya (yakni dengan menjirus air) pada kubur Sayyidina ‘Utsman bin Madzh`uun sebagaimana diriwayatkan oleh Imam at-Tirmidzi. Dan yang mustahab adalah air tersebut suci lagi mensucikan dan sejuk (air mutlak biasa, jangan pulak disalahfaham dengan air sejuk peti ais plak), sebagai tafa`ul (mengambil sempena) mudah-mudahan Allah menyejukkan kubur si mati (yakni menyamankan keadaan si mati di tempat perbaringannya dalam kubur tersebut). Dan makruh menyiram atau menjirus dengan air mawar atau seumpamanya kerana perbuatan tersebut adalah satu pembaziran dan mensia-siakan harta.

Begitulah ketentuan hukum menjirus kubur dengan air biasa dalam mazhab kita asy-Syafi`i. Diharap sesiapa yang telah beramal, tahu yang amalannya itu adalah sebagai menurut perbuatan Junjungan Nabi s.a.w. dan hendaklah diharap pahala atas amalannya tersebut dengan niat mencontohi amalan baginda. Sebagai penutup aku ingin berkongsi satu doa yang disusun oleh ulama, yang munasabah dibaca tatkala menyiram air atas pusara bermula dari kepala si mati hingga ke kakinya, iaitu:-

سَقَى اللهُ ثَرَاهُ (ثَرَاهَا)

وَ بَرَّدَ اللهُ مَضْجَعَهُ (مَضْجَعَهَا)

وَ جَعَلَ الْجَنَّةَ مَثْوَاهُ (مَثْوَاهَا)

saqaa-Allahu tsaraahu; wa barrada-Allahu madhja`ahu; wa ja`alal jannata matswaahu

Moga-moga Allah menyirami kuburnya (dengan hujan rahmat dan kasih sayang serta menghilangkan dahaganya); Dan menyamankan tempat perbaringannya; Dan menjadikan syurga tempat kediamannya.


الله اعلم

Baca al-Quran di kubur

Baca al-Quran di kubur

Maulana Asyraf ‘Ali Thanwi adalah antara ulama kenamaan India keluaran Darul Ulum Deoband. Beliau, yang terkenal dengan gelaran Hakimul Ummah dan Mujaddidul Millah, telah dilahirkan di Thana Bhawan, Muzaffarnagar, Uttar Pradesh pada 5 Rabi`ul Akhir 1280H (19 September 1863M). Antara guru-gurunya ialah Mawlana Haji Imdadullah Muhajir Makki, Syaikhul Hind Maulana Mahmud Hasan, Maulana Rasyid Ahmad Gangoh, Maulana Muhammad Qasim Nanotawi dan Maulana Muhammad Ya’qub Nanotawi. Beliau meninggalkan dunia yang fana ini pada 2 Rejab 1362H ( 4 Julai 1943) dan disemadikan di Thana Bhawan. Moga Allah merahmatinya dan menempatkannya di kalangan para sholihin…… al-Fatihah.

Maulana Asyraf ‘Ali Thanwi dalam karyanya berjodol “Syauqu Wathan” menulis seperti berikut:-

Diriwayatkan oleh al-Khalaal dalam “al-Jami`” daripada asy-Sya’bi yang berkata: “Adalah orang-orang Anshar apabila mati seseorang daripada mereka, berulang-aliklah mereka ke kubur si mati tadi untuk membaca al-Quran baginya (yakni bagi si mati) - Syarhush Shudur. Maka komentarku (yakni komentar Maulana Asyraf):- Kalaulah tidak sampai (pahala bacaan al-Quran tersebut) dalam pandangan mereka, maka kenapakah mereka membacanya (yakni kaum Anshar membaca al-Quran bagi si mati di kuburnya kerana mereka percaya bahawa pahala bacaan tersebut boleh sampai dan bermanfaat kepada si mati, jika mereka tidak berpendapat sedemikian maka kenapakah mereka membacanya). Dan mereka tidak akan beri’tiqad sampainya pahala tersebut tanpa ada dalil, maka tsabitlah sampainya pahala bacaan kepada si mati. (Yakni perbuatan kaum Anshar untuk membaca al-Quran di kubur membuktikan wujudnya atau adanya dalil yang menyatakan sampainya pahala bacaan al-Quran kepada si mati).
Lihatlah wahai ikhwah yang budiman, bagaimana Maulana Asyraf menjadikan perbuatan kaum Anshar untuk membaca al-Quran di kubur sebagai dalil mengenai bermanfaatnya dan sampainya pahala bacaan tersebut kepada si mati. Inilah pandangan jumhur ulama Ahlus Sunnah wal Jama`ah, jikapun tidak dianggap sebagai ijma`. Seharusnya pandangan ini tidak dipinggirkan kerana inilah pandangan “mainstream” umat Islam tanpa mengira apa mazhab mereka. Perbuatan suka mengkritik pendapat yang telah menjadi amalan lumrah masyarakat dan termasuk perkara khilafiyyah yang dibenarkan syarak yang mulia, amatlah tidak wajar dan perbuatan sebegini boleh membinasakan ukhuwwah dan perpaduan yang wujud dalam masyarakat. Sayogianya perbuatan tersebut dihentikan, biarlah masyarakat beramal dengan keyakinan mereka asalkan ianya tidak terkeluar dari syariat Islam sebagaimana dinyatakan oleh para ulamanya umat ini.
http://bahrusshofa.blogspot.com

Monday, February 2, 2009

zaman anak-anak...

Salam semua apa khabar? Hujung minggu ni rajin pula saya menulis blog... tadi saya surfing tengok blog kawan-kawan maya ni sambil baca tulisan dorang... tiba-tiba saya teringat kenangan masa kecil-kecil... aku tidak tau la aku sudah pernah cerita ka belum, kalau sudah siou ki..

Aku ni memang anak bapa, kalau time makan apa saja bapa taruh di piring aku makan sampai habis kenapalah aku nda suka tu makanan. Kalau malam kami punya fave show adalah rancangan WWF.. gustilah apa lagi.. hahaha... Hulk Hogan tu idola aku dulu. Aku percaya betul kalau minum jus sayur buli kuat macam dia tapi nda juga aku sanggup mo minum. Kalau mama pula aku selalu bergaduh sama dia, tapi itu luaran saja. Kalau sudah petang mama masih juga belum pulang dari kebun mula la aku tu pigi mencari dan menanya semua orang kalau ada nampak mama. Aku ni ego sikit kalau sama mama... mungkin sebab dia garang sama aku dan sebab dia selalu marah aku walaupun orang lain yang buat salah... tu yang aku tensen sikit tu..hehehe... Tapi begitu pun aku sama mama selalu juga tengok tv sama-sama. Dia paling suka rancangan menyanyi Hiburan Minggu Ini. Aku paling nda suka ini program la tapi sebab mama suka tingu aku tunggu tu rancangan mula, lepas tu kalau start sudah mulai la aku memanggil mama suruh tingu sama-sama. Mama mesti suruh aku buatkan dia kopi di cangkir tapi bila aku buat dia bilang nda sedap. Manakan nda aku buatkan dia nescafe manalah dia suka. Jadi lama-lama aku belajar buat kopi tumbuk untuk dia la. Tapi masih juga kena komplen, sebab ada pula taik kopi timbul-timbul... Hahaha.... aku ni egois.. sampai sekarang aku suka pura-pura saja suka menggadu, sebab aku nda pandai tunjuk perasaan... Antara yang selalu kena buli ialah si Yet, si Dayang, si Onon... siapa lagi? siapa lagi? siou ki... hahahaha... si Adik aku nda pernah buli sebab dia kawan aku mengasi kena orang dengan trik2 kami hahaha... si Leon?! Cis dia yang selalu buli aku... kurang asam.. biasanya aku sama si Dayang yang kena buli oleh dia... hahahah... kelakarnya kalau diingatkan..

Kalau petang-petang aku sama bapa mesti pigi memancing, joran kami dibuat dari batang bambu yang kecil tu, diikat sama tali tangsi pastu buat pelampungnya dari papan playwood nipis. Selalu umpan kami special... mesti dapat ikan punya! Mulanya bapa suka guna cacing tapi aku geli berabis terpaksa la dia buatkan aku umpan khas yang dibuat pakai tepung campur belacan. Hehehe.. Sanalah kami di rumpun bambu memancing... best betul. Memancing macam begitu sajalah aku pandai, kalau suruh pakai joran mahal-mahal tu manalah aku tau..

Kalau weekend selalunya si Dayang ma si Angah mesti balik Tandek punyalah, kalau nda aku yang pigi sana. Aku ma si Dayang selalu mengasi tinggal2 si Angah sebab takut dia mengadu sama mamanya, apakan nda aku sama si Dayang tu pura-pura saja pigi rumah si Babu Rukinah padahal kami main di siring sungai. Biasanya kami putik tu buah sayur kayu manis (itu kaitu namanya sudah lupa pula) yang rupanya macam buah manggis kicil tu, pastu kami umban-umban di sungai... hahaha...

Masa sekolah rendah dalam darjah 4 ka 5, aku berminat betul mo jadi rockers! Ades... kalau petang teriak-teriak la aku menyanyi lagu wings atau search di tangga dapur.. nasib baik dorang si babu nda marah... hehehe.. di rumah pun tiada orang jadi senang la aku mo teriak! Kalau bapa sama mama ada di rumah aku diam-diam la saja... Time tu kalau si Yus pulang kampung walkman si Yus la selalu jadi mangsa, baru si Yus punya sayang dia punya walkman, kalau mau buka atau tutup tu tempat simpan kaset nda buli kasar... hehehe... aku ni pula memang kasar habis rusak harta dia. Kesian, sorry lah yus... hehehe... selalunya kalau aku mandi lamaaaaaaaaaa betul! Sebenarnya aku isi tu baldi beeeeeeeeeesar sampai penuh air, pastu aku berendam sambil buka shower... lepas tu aku menyanyi lagi teriak-teriak. Satu kali si Yus punya marah dia ketuk-ketuk dinding tu bilik mandi pakai beruti dari tanah! Hahahaha.... aduih kelakarnya kalau diingat!

Masa aku kecil ada satu yang menjadi kemusykilan aku, asal aku buka album lama di rumah aku heran la tinguk ada gambar-gambar orang yang aku nda kenal dalam tu album.. siapa ni orang-orang dalam gambar? Tambah lagi ada dua perempuan gambar dia selalu saja ada, cantik pula tu... Di sebabkan ada juga terselit gambar Saloma sama P. Ramli aku sangka ni dua orang perempuan ni artis jugalah, yang satu aku ingat penyanyi (memang pun dia penyanyi... si Faye hahaha..) dan satu lagi aku ingat pelakon.. haaa cuba teka siapa kah pelakon tu? kakak aku yang paling tua la.. hahaha... Lepas tu lama-lama baru aku tau aku ada ramai adik-beradik... Hmm kenapa aku boleh lupa memori sebelum itu aku pun tidak tahu. Ada certain saja yang aku ingat..

Tapi masa kecil-kecil kalau cuti sekolah penggal akhir tahun biasanya kami jalan-jalan pigi sana Semenanjung ramai-ramai. Tapi yang aku nda buli lupa, first trip tu mama nda suruh aku ikut sebab alasan dia sangat lah best... tiada orang mo jaga tu ayam.. adeh.. jadi first trip tu kalau tidak silap masa aku darjah dua tu... dorang siok2 jalan pigi sana KL aku di kampung jaga ayam.. Apa lagi hari-hari aku bergaduh sama tu ayam-ayam... aku tabur padi atau jagung mo kasi makan konon, pastu kalau tu ayam datang aku sergah la lepas tu kejar-kejar di halaman rumah macam orang sot... hahaha.. Kalau cuti penggal yang pendek-pendek tu selalunya aku pi rumah si Faye mo jumpa si Adik. Hahaha... Sekarang tua sudah kami... nda sudah la cam time dulu-dulu. Sekarang aku selalu ketawa-ketawa tinguk anak-anak sudara kecil-kecil, yang ongkol bermain sama anak2 buah... hahaha.. macam kami pulak igugulu... cuma permainan dorang saja nda sama..

Haiya.. kadang-kadang aku wish berabis mo balik pi zaman kanak-kanak sampai pernah satu kali aku tertidur dan mimpi zaman kanak-kanak. Mimpi tu punyalah real sekali aku terbangun aku tidak kenal bilik aku sendiri. Aku heran kenapa aku saturang di tempat asing, pastu sekali terpusing tinguk cermin... tua sudah!! Terus aku menangis sebab aku sangka tiba-tiba saja aku jadi tua tinggal saturang-saturang... kakakaka... slow slow baru aku punya memory pulih dan realized yang aku bermimpi dan hakikatnya aku memang sudah tua... kakakakah... terus aku terketawa sendiri..

Saturday, January 31, 2009

bukan macam aku tapi?

Salam? Pakabar? Seronok bercuti? Aku? Besa saja... sepanjang cuti aku cuma berbaring-baring saja... sampai aku rasa macam aku bangun untuk pigi minum air, pigi toilet/mandi/cuci gigi/cuci muka, goreng black paper spaghetti dan duduk makan... lepas tu yang lain-lain aku bebaring atau limpang-limpang atau tiarap... pokoknya aku ni horizontal sajalah sepanjang masa... aku tingu tivi pun baring... aku menulis skrip/manuskrip pun baring... online? macam teda ooo... kalau ada pun sekejap tapi setakat mo check tumbuh sudah ka padi aku di myFarm Facebook atau berapa % sudah siap drama... adalah dalam 10 minit lepas tu aku baring balik... Di sebabkan kemalasan aku tu... aku sudah tekurus sekarang ni... hahahaha...

Tiba-tiba aku teringat kisah masa aku skulah menengah di SMK Tandek. Masa tu si Ling pun pindah sekolah di Tandek. Aku di kelas Kenanga dia kelas apa tu aa? lupa pula... Anyway masa tu si Ling baru pindah sekolah, ramai orang tidak tau si Ling ni anak sudara ku. Orang cuma tau dia budak baru pindah dari SMK Kota Marudu. Jadi pada hari pertama si Ling pindah aku pun mo pigi kelas sebelah mo tanya si Ling apamacam, maklumlah murid baru... sekali pula aku terdengar budak perempuan kelas sebelah, si R (bukan nama sebenar.. hahaha mcm apa saja...). Si R ni mengutuk aku. Dia bilang sama si Ling, "Laila ko jangan kawan sama si (nama aku), dia tu eksen sombong perasan cantik... bla bla bla... dia ingat semua orang suka dia.."

Hahaha... aku tidak juga marah dia cakap begitu pasal biasa sudah aku tu kena cakap begitu sejak dari sekolah rendah... cuma kadang-kadang aku tidak tau mo buat apa reaksi, sebab kalau aku ketawa nanti orang tambah marah dan teriak-teriak sama aku, aku diam-diam pun dorang nda puas hati nanti nda pandai berenti penat aku mendengar... Biasanya aku pura-pura 'tekajut' saja, buat muka shock ternganga macam apa-apa ntah... Itu paling senang sebab lepas tu dorang pun akan blah dengan muka triumph.. Padahal aku tidak kisah pun cuma malas layan sebab aku rasa orang yang begini ada masalah emosi saja... kakaka... Tapi kadang-kadang kalau aku sot aku sengaja bikin orang-orang begini tambah mengamuk dengan sengaja bertambah eksen... Saja... suka aku tengok dorang mengamuk sendiri... macam drama ooo... kekekeh...

Anyway... berbalik kepada si R yang tidak menyuruh si Ling berkawan sama aku ni. Aku pun tidak jadi tegur si Ling tapi terus balik kelas diam-diam. Geli hati pun ada. Tapi nda kisahlah yang penting si Ling ada sudah kawan jadi nda la dia rasa nda selesa di sekolah baru, tu ja aku pikir. Masa tu si Ling tinggal tempat kami, jadi sampai rumah aku bilang sama si Ling supaya kalau di sekolah dia pura-pura nda kenal aku. Hehehe... Aku malas la, orang lain ada fan club tapi aku ada hate club maklumlah aku ni kadang-kadang pembuli... hihihi.. Aku nda la mau nanti si Ling terikut-ikut kena serangan hate club aku ni.. hahaha.. begitulah satu penggal aku pura-pura nda rapat sama si Ling padahal kami ni tinggal satu rumah dan membesar bersama la.. hahaha..

Sekali penggal baru mula ada majlis penyampaian hadiah, masa tu aku dapat lagi anugerah pelajar terbaik... aku heran juga sebab aku ni nda pernah study... dan pemalas... anyway, biasalah ramai sudah student bising-bising.. teda orang lain lagi ka? bilang dorang... balik-balik dia, balik-balik dia... bukan dia pandai sangat pun.. hahaha.. betul tu cakap dorang aku bukan pandai sangat tapi apa buli buat, aku pandai sikit dari dorang jadi terpaksalah aku juga jadi pelajar terbaik. Padahal aku sudah minta cikgu tukar orang jadi pelajar terbaik pasal aku rasa kawan aku lagi pandai tapi cikgu bilang nda buli sebab aku score banyak subjects.. ish bikin malu juga ni bukan score tinggi pun, tinguk aku pun ada problem juga ba dorang ni ingat aku sengaja saja mo jadi best student... siapa suruh kamurang nda score!!

Jadi pada hari tersebut, aku dan kawan-kawan yang menerima sijil sepatutnya duduk la di barisan kerusi khas. Tapi aku ni mengada-ngada sengaja duduk di tempat pelajar lain, sebab belum punmula acara jadi aku saja la... sekali tu aku terduduk pula di barisan di depan si R yang nda suka aku tu.. masa tu berabis la dia mengutuk aku di belakang, aku ni pun berabis la mengcover muka, ialah kalau kedapatan nda la aku dapat teruskan aktiviti mencuri dengar.. hihihih.. aku mo tau apa kah yang si R benci sangat sama aku tu sebab aku nda pun pernah bercerita-cerita sama si R pun... sekali kawan si R bisik-bisik kasitau aku ada duduk di depan. Aku ingatkan kantoi sudah sekali dengan confidentnya si R menjawab, "itu bukan dia lah itu si Laila... si Laila baik... cantik bukan macam (nama aku)" dia bilang sambil memeluk bahu aku dari belakang. Aku pun pusing menyahut sambil senyum, "ia.... betul tu..." hehehehe... Ekspersi dia... fuiyo... priceless... aku masa tu rasa macam mo ketawa guling-guling oooo... tersu si R lari keluar dewan dengan kawan-kawan dia.

Ini juga satu hal, aku tidak tau kenapa time aku skula menengah rendah orang selalu tersalah antara aku sama si Ling. Padahal kami ni langsung lah nda seiras.. tapi kalau dari jauh atau dari belakang mesti orang tersalah la... abang aku pun pernah tersalah panggil aku Lily... mama pun pernah terkejut nampak aku bebaring malas-malas di sofa sambil baca buku pasal dia bilang dia baru saja nampak aku berjoging beberapa minit yang lalu... berabis juga aku kasitau mama tu bukan aku tapi si Ling tapi dia nda percaya.. terus aku bilang sama mama, aku kan pemalas mana mungkin aku mau berlari-lari jogging... hahaha... barulah mama percaya sebab itu kan kenyataan... kekekeke...

Haiya... kalau dikenangkan banyaknya kisah aku time skulah di smk tu.. pernah lagi ada satu budak lelaki yang kalau jauh dia senyum-senyum sama aku dan lambai-lambai tapi kalau dekat sudah aku rasa macam dia mo pukul aku sama beruti... aku pun nda paham kenapa itu budak itu... kenapa laitu aa? sampai hari ni aku masih juga nda tau.. well ada juga la orang kasitau reason dia tapi sampai hari ini aku nda buli percaya... buhung laitu..


Monday, January 26, 2009

Kenangan Tahun Baru Cina di kg Tandek


Happy New Year 2009 Glitter Graphics Comments


Salam, terlebih dahulu saya mau ucapkan Selamat Tahun Baru Cina. Saya tahu ramai bercuti sakan ni kan? Teringat pula tiba-tiba masa saya masi kecil. Masa tu saya sekolah rendah, ada satu kali tahun baru cina kawan-kawan bapa taukeh-taukeh di pekan Tandek hantar orang menari singa di rumah kami. Masa tu cuma ada aku dan bapa saja di rumah. Aku memang lah happy sebab aku suka tengok lion dance, tapi first time bapa suruh aku taruh angpow (red packet) dalam mulut tu singa barulah aku ketakutan. Eish... adakah di takut padahal orang saja pun di dalam... budak-budak dari Bandau saja tu pun... Hahaha... Sama mungkin kamurang tidak tau, tapi kalau CNY bapa kasi aku angpow... neh... hahahaha....

Kalau di Pekan Tandek dulu time aku kecil2, mesti budak-budak berebut pigi kedai si Ah Siong sebab pagi-pagi orang pertama sampai dan wish Gong Xi Fa Cai akan dapat angpow yang kadang-kadang buli dapat rm100. Aku nda tau la betul ka nda sebab aku selalu orang paling lambat pigi sebab lambat bangun. Selalu pun sekali pigi habis sudah... ntah apa-apa... Kadang-kadang aku heran juga, dorang nda mo celebrate ka? CNY pun masih buka kedai. Bukan macam orang sekarang, asal perayaan saja semua pun tutup kecuali 7-11. Silap haribulan kalau orang bujang nda beli stok makanan awal-awal boleh mati kebuluran oooo...

Apa-apa pun, kepada semua yang menyambut Tahun Baru Cina... Gong Xi Fa Cai Sin Nien Jin Pu Wan She Ru Yi!! ...dan yang memandu ke sana sini tidak kisah la perayaan ka hari biasa ka... berhati-hati di jalan raya...

Tuesday, January 20, 2009

Korean Trip 2009

Salam semua ahli keluarga dan juga kawan-kawan FAJ, sekali lagi Kee Heritage akan menganjurkan program melancong ke luar negara kali ini ialah ke Korea. Sekiranya berminat untuk turut serta, sila baca info di blog Kee Heritage dan jangan lupa vote poll. Terima kasih.

Sunday, January 18, 2009

SK Tandek dalam memori... kenapa aku tidak suka pigi sekolah.. heheh

Hemm... lama betul sudah saya tidak tulis apa-apa di sini. Saya tunggu-tunggu juga orang lain menyumbangkan kisah-kisah menarik tapi tiada... jadi ini blog sudah menjadi umpama rumah bertuan tapi tiada penghuni.. kadang-kadang saja ada orang sudi menulis, umpama orang pulang ke kampung. Kalau dibayangkan ini blog sudah tumbuh lalang. Saya ni bukan apa, mau kasi chance saja orang lain berkongsi cerita, tak kan sayaaaaaa saja macam syok sendiri...Hahaha.... Tapi tidak apalah saya paham juga, jadi hari ini saya pun mau kongsi cerita saya juga lagi lah... masa sekolah di SK Tandek. SK Tandek time saya tidak la sama dengan time si dorang si Yus ka, si Yah kah... si Androd ka... lain pasal saya kan junior hehehe...

Saya masa kecil memang la malas pergi sekolah, ini adalah satu benda yang semua orang tahu. Saya ni bukan apa malas pergi kelas, sebab pergi pun cikgu tidak kasi masuk dalam kelas. Haaa... yang ini kamu tidak tau la.. Hahaha... Kenapa saya tidak boleh masuk kelas, sebab saya tidak dapat pay attention kepada satu benda dengan terlalu lama, nanti saya mulai rimas dan bosan.. Jadi kalau kawan-kawan di kelas lambat paham ajaran cikgu, lepas beberapa kali di ulang mula la saya tu geram. Mula-mula saya akan tolong ajar tapi kalau nda juga paham-paham saya akan ketuk kepala kawan saya dengan pembaris plastik. Sebab itulah saya tidak boleh menjadi cikgu hehehe... Kalau saya tidak attack kawan saya, saya akan tanya cikgu macam-macam soalan yang dia tidak boleh jawab. Bukan saya sengaja mo buat cikgu marah, tapi dia cakap "tanyalah apa saja yang kamu tidak paham" jadi saya tanyalah. Sudah terbiasa di rumah tanya apa saja sama bapa, dan biasa pun bapa akan berikan jawaban yang sebaik mungkin. Tapi cikgu saya tu cikgu muda, baru mengajar jadi dia tidak tahan ragam pelajar kecil macam saya ni. Di sebabkan saya selalu banyak tanya dia tidak suruh saya masuk kelas dia sebab dia kata saya mengganggu proses pembelajaran murid lain. Betul juga la cakap dia tu sebab saya kan asyik tanyaaaaaa saja kalau tidak menggadu orang.. hahaha.. tu lah saya pun duduk sajalah diluar main pasir. Lama-lama main pasir pun saya bosan jadi kalau cikgu bilang satu minggu tidak boleh masuk kelas dia satu minggu jugalah saya tidur dirumah saja pura-pura demam. Tak kan la kasi tau mama nanti kena rotan ooo... Mama strict la.. Aku dapat nombor dua dalam kelas pun kena pulas perut sama kena rotan. Hehehe..

Saya juga paling tidak suka pergi sekolah hari Isnin, bukan sebab Isnin permulaan bagi satu minggu yang panjang. Sebabnya lebih simple, saya nda suka menu di sekolah hari Isnin. Dulu time saya, di SK Tandek ada kena kasi makan free kalau tengahari. Menu hari Isnin sampai hari Jumaat tidak sama. Tapi kalau hari Isnin menunya ialah nasi kawah, sup daging yang keras dan tawar, sama sayur kacang panjang di masak sama ikan bilis. Bukan saya memilih lauk tapi itu sayur kacang panjang dipotong betul-betul masih panjang ooo... Punya payah mo telan, garang lagi tu tukang masak tu kalau nda dikasi habis ditambah2 lagi tu nasi sama sayur baru dulu kalau sayur mesti yang dimasak oleh mama saja baru aku mau makan kekeke..... Yang selalu akhir makan nasi di sekolah ialah aku dan selagi nda abis nda kena kasi benar masuk kelas... Tensennya... Jadi lama-lama asal time rehat hari Isnin aku mesti lari bertapuk di mana-mana. Yang kelakar cikgu Jatin mesti buat satu kumpulan khas untuk menangkap aku setiap hari Isnin. Memang lucu la kalau diingat-ingat, adakah patut belari-lari di kawasan sekolah gara-gara nda mo makan nasi saja. Pernah aku escape pulang di rumah. Hahahaha... Sekarang sedih aku kalau ingat, ialah sekarang aku mo makan nasi pun susah sudah... menyasal aku nda makan banyak-banyak time sikul... Aku paling suka sama cikgu Jatin walaupun dia garang tapi pada anggapan aku itu kerana dia ambil berat sama murid-murid dia. Lagipun cikgu selalu kasi selamat aku di sungai belakang sekolah kakakak.. Kepada yang kenal cikgu Jatin, dia kawin sama cikgu kesayangan aku juga, Intan Khurus masa aku darjah 5. Hehehe...

Kalau hari selasa menu kami bubur kacang hijau yang kuanya kental! Tapi itupun berebut-rebut juga murid sekolah mo makan termasuk aku. Aku ingat lagi, oleh kerana lagak kawan-kawan aku ni selalu kacau aku makan... mesti dorang cakap begini "eeee.... apa ko makan tu ijau-ijau kental-kental macam lunggung!" punyalah jahat! Tapi aku mana peduli aku bantai juga makan, dorang tu harap aku geli jadi give up bubur kacang aku... jangan mimpilah...

Walaupun ada banyak sebab kenapa aku ni nda suka pigi sekolah, ada banyak juga sebab aku suka pigi sekolah. Aku paling suka pigi sekolah hari Rabu, walaupun menu kami cuma milo cair sama biskut roti masin tapi aku suuuuuuuuuuuuka betul! Aku rasa sedap betul... sekarang aiya.. macam itulah menu harian aku ni.. isk isk sedih betul. Selain tu kalau hari Rabu, ada Perpustakaan Bergerak datang! Time ni lah yang best.. Aku waktu kecil telampau suka membaca... sekarang nda payah lah... migrain aku nanti...

Bila aku ingat-ingat time skula rendah aku teringat sama kawan aku si Hendry. Hendry apa aku sudah lupa la. Tapi dia lah kawan aku berdebat di kelas, dia pandai jadi siok la kalau berdebat sama dia, kadang-kadang bikin geram juga sebab aku selalu kalah! Kalau dia dapat nombor satu aku dapat nombor dua. Begitu juga sebaliknya, time tu si Dih selalu nombor tiga atu empat saja... lepas si Hendry pindah baru dia naik rangking... jan marah Dih.. hehehe... akun sajalah, nanti aku kasi beli ruti masin kwakwakwa... Masa dia pindah tu aku ni la bah yang paling sedih, punya lah aku marah dia pindah skula, sampaikan time dia say gudbye sama semua orang di skula aku nda mo tinguk muka dia... babai pun aku nda mau.. time semua orang hantar dia pi naik keta aku saturang jak betapuk dalam kelas kami yang macam kandang kambing tu... hihihi.. buduh bah. Aku ni tidak pandai luahkan perasaan sebenar bah... aku sedih baitu kawan aku mo pindah tapi nda mo orang tau aku sedih... andu, kicil2 lagi pun egois... hahaha... kasian.. Apalah kabar si Hendry sekarang ni aa?

Bah panjang sudah aku bercerita ni, kalau panjang sangat nanti banyak pula rahsia aku time skula terbucur... nanti nda pasal2 aku tercerita kenangan aku lari bertapuk di jamban waktu kawan aku ampus! Ades penjahat... kantoi sudah... ada sebab baitu... oklah babai...

Antara Komen Kamu...

About This Blog

  © Blogger template 'Isfahan' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP