Thursday, October 30, 2008

kenangan teramat lucu


emmm....kadang2 mcm aku mo buat blog tapi kalau aku buat blog nanti teda pula orang menulis diblog ni...lagipun aku ndak tau apa mo ditulis pun diblog yang aku kira2 mo buat tu, jadi aku melalut jak la diblog ni....aku ni teda cerita2 atau rencana sains yang hebat2 macam c aiso tu..paling2 kisah2 time kecil jak...kisah yang sangat indah dan buat aku tersenyum2 kambing sendirian....hehehe

Ada satu kisah yang sangat lucu ni masa aku kecil...aku ni rapat dengan c yus mungkin kerana jarak umur kami yang sangat hampir. aku lahir tahun 69 dan c yus pula tahun 68...aku pula selalu disangka orang sebagai kakak (adessss aku ndak suka kalau ni....mcm tua tul lak ku rasa...hehehe)

satu hari tu mama suruh c yus beli barang (aku lupa suda apa tu....) di kedai tandik, jadi mama suruh aku ikut kasi kawan c yus. Kami pun pigi pakai basikal 28 bapa. C yus "taap" aku..tiba2 c yus teriak2 "turun, turun, turun capat!" akupun kelam kabut turun dari basikal. C yus kasi tinggal aku dan indak lama adalah kereta limpas. Bila jauh sudah tu kereta c yus pusing balik dan suruh aku naik basikal. Asal ada jak bunyi kereta kelam-kabutlah c yus suruh aku turun dan dikasi tinggalnya aku. Berulang2 kali sampai aku meradang sebab kepenatan turun naik basikal. Dalam fikiran ku c yus ni penakut betul kami dilanggar kereta...Lama2 aku pun tanyalah sama c yus "kenapa ba kau balik2 kasi tinggal aku, ndak juga ba kita dilanggar kereta tu" aku bilang...c yus pun jawab....(emmmm cuba teka apa c yus jawab....jeng jeng jeng...ni la jawapan yang sungguh tidak ku sangka dari c yus dan sampai sekarang aku rasa lucu betul....hehe jan marah ah yus...)

C yus pun jawab...dia bilang "nanti orang sangka kau gelpren aku" aku punya tekajut jadi aku pun cakap "ah! manakah orang sangka begitu, orang tau juga ba tu kita adik beradik"....hehe tapi c yus tetap juga dengan andaiannya dan dia bilang mana orang tau kami tu adik beradik....yus2 ada2 jak ko ni... kadang2 aku pun lupa ko tu abang aku...ko ni macam adik aku pula...hehe

Bapa spoting




23hb Oktober yang lepas adalah harijadi arwah bapa, kalau bapa masih ada umurnya genap 89tahun pada hari itu, tapi bapa telah pergi menemui Allah pada usianya 70tahun. Emm aku tidak mau cerita sedih pasal bapa sebab bapa ni orangnya sangat nakal, spoting dan periang...sepanjang hayatnya macam2 perkara yang dilakukannya yang membuatkan kami anak2nya asyik ketawa...rasanya sikap itu banyak menurun pada anak2nya sebab tu semua anak2 bapa nakal dan kuat kelentong selain pandai2...(wahhhh masuk bakul angkat sendiri ni...hehehe sudah pun masuk bakul lepas tu masuk lif takan sendiri lagi....hahaha)


Antara kenakalan bapa... pernah bapa masukkan cacing tanah penuh ke dalam tin sardin, kemudain ditutupnya balik tin tu baik2. lepas tu dia suruh la c os masak tu sadin..sekali c os tau isinya cacing teriak2 c os kegelian..hahaha. Ada lagi satu kenakalan bapa, masa tu birthday c meng, bapa sediakan 2 bungkusan hadiah..1 bungkusan besar berisi kasut buruk bapa dan 1 bungkus lagi kotak kecil berisi kasut baru. Bapa suruhlah c meng pilih kotak mana dia mau...emmmm c meng pilih yang BASAR (ketara tamak ni...hehehe). c meng pun bukalah bungkusan tu tapi rupanya bapa bungkus berlapis-lapis, sekali sampai dibungkusan yang terakhir c meng pun dapatlah kasut buruk bapa...hahaha menangis c meng..terus bapa cakap "tu la kau mau yang besarkan" (lebih kurang begitulah mangkali tu...) jadi bapa pun kasilah bungkusan kecil yang berisi kasut baru supaya c meng happy...hehehe


Macam2 lagi kenakalan bapa, kalau mo ditulis semuanya macam ndak pandai habis...apa2 pun semoga arwah bapa dan mama bahagia dan dirahmati Allah selalu. Amin

Monday, October 27, 2008

Anak palsu???


Kalau kamu ada tebaca tu posting si Cherry Lips pasal patung-patung jepun yang serupa orang tu, ini saya rasa lagi bikin ngeri. Patung-patung baby ni dijual di UK di official webnya Baby Reborn. Saya tengok gambar-gambar adeh macam baby betul aiseh takutnya..

Tiba-tiba saya teringat masa saya kecil kakak saya si Rose dapat hadiah perkahwinan anak patung besar pakai gaun putih, bermata biru. Dia bilang dia tiada kegunaan anak patung tu jadi dia kasi saya sebagai hadiah... punyalah sa happy. Tq Ose. Di belakang patung tu ada disc (wuina jangan kamu main-main walaupun time tu semua orang tinguk video dan dengar lagu format vhs tapi ni anak patung ada cd-rom!!!) jadi kalau taru bateri anak patung ni pandai menyanyi, becakap dan ketawa. Punyalah saya bangga asal ada jak orang datang mesti mo tunjuk anak patung special tu. Besarnya saiz patung ni sampai saya (time tu darjah satu, pindik...) pun buli pakai baju dia. Saya telampau sayang ni patung sampai saya bawa pi mana-mana (dalam rumah la..), tidur pun sama patung. Saya anggap dia adik saya.. Anak patung ni kalau dikasi baring mata dia pandai tetutup. Satu kali entah camana masa saya tebangun betul-betul mengadap tu anak patung mengiring muka dia betul-betul depan muka saya. Terbuka lagi tu mata dia pastu ketawa pula.. Aina nda lagi saya tepikir logik terus jak saya tendang tu patung sampai pelanting di dinding pastu teriak lari pi tempat arwah mama di dapur. Saya bilang tu patung sudah jadi hantu... hahahahaha kalau ingat punyalah bikin ketawa.. ades.. Lepas tu saya tapuk tu patung dalam lemari besar di belakang kain-kain selimut tapi arwah mama jumpa dia letak atas meja telepon jadi hiasan...

Saturday, October 25, 2008

Al-Fatihah kepada mereka yang telah pergi..

Baru-baru ini berita sedih telah menimpa keluarga kita. Bapa si Johan (suami Lelania) telah meninggal dunia di hospital, begitu juga dengan pakcik Jekil. Kedua-dua arwah telah selamat dikebumikan. Ucapan takziah kepada kedua-dua keluarga. Banyakkan bersabar dan redha kepada Allah S.W.T. Mudah-mudahan mereka di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al-fatihah.

Saturday, October 18, 2008

In Loving Memory of My Mother-In-Law...... Hjh Fatimah Unggut.

 

I'm honoured that my late mother-in-law's  youngest daughter, Meng ( Kee Salmiah) has invited me as an  author, again,  in this FAJ Family Heritage site. Maybe it is not my place to have this post here. But please allow me this chance to dedicate this orbituary  in all my sincerity to a great person I know. She was  my beloved mother-in-law, Hjh Fatimah bt. Unggut. 

The first time I laid my eyes on her was when my husband ( husband-to-be at that time) and I went to receive both his parents at the  Sultan Abdul Aziz Shah International Airport, Subang.
I was kind of nervous to meet them for the first time,  since I had only seen  their photos. 

I still had a vivid memory of  my first meeting with her. She was clad  in a  short, cotton-laced, dark brown kebaya, a batik sarong with a selendang wrapped around her neck and a handbag slinged over her shoulder. Her hair was pure black and she had it done up neatly  into a sanggul. As she walked out towards us, I  noticed what a simple and humble person she was.  I felt greatly honoured that both she and her husband  decided to come all the way from  Tandek ( her kampong ) to be at our wedding.

My presence into the Unggut and Kee family was made official on the 15th day of August, 1982.
The Muslim calender would be 26  Syawal, 1402.
So it was faithed that I became  the granddaughter-in-law of Unggut bin Lindungan from Tandek and Kee Abdullah @Kee Kim Swee from Tawau.

The road  I  travelled to my mother- in - law's  kampong was  like a Camel Adventure. You see I'm not really a kampong girl though my grandfather had bought a land and built a house in a place called Kampong Baru, in  Kuala Lumpur.  Being branded a  KL girl, I was not supposed  to have any inkling  about the domestic front.

Therefore it came as no surprised to me, during my one week stint at my in-laws'  I was put to the test. The next day after I arrived I had to show my culinary skills.  Frankly, I myself was not quite pleased to the outcome of my cooking but neither did my in-laws complained. 
My husband at that time was very supportive too and dare not open his mouth. It  was  crucial that his parents approved of me. It's rather too late, don't you think ? They were stuck with me for the rest of the week whether they liked it or not. Excellent strategy, eh ?  Get married first then show your skills.
Later,  after many  visits to my in-laws, I was exempted from cooking. Really, my cooking must be that bad ..eh ?

As I described earlier, the first impression  I had of my mother-in-law was that she was a simple  and humble person. Later, however,  I learnt that she had  a big heart too.  I was surprised to know that she could talk politics with you till late night. She would relate stories and followed by her laughter.

During my  stays at the kampong, my mother-in law would woke up early in the morning and left the house to attend to her kebun. She would bring something back from the kebun either to have it for lunch or for tea time.  Each time I went back to kampong for Hari Raya, she would packed  something for me to bring back to KL. My favourite would be the pisang Sabah. 
 And if it's the mango season, she'll packed them too.  

I remembered one incident when Rafique ( still a baby that time ),  was  crying in the middle of the night. She and my father-in-law woke up to attend to Rafique. She came up with some old folks' remedy  and managed to put Rafique back to sleep till morning. 

She's a proud person too.  Even though she had children living in the big town ( KK ),  she would never overstayed her presence whenever she needed to go into town on some matters. She would  give excuses  that there's no one  to look after her kebun,  her chickens and ducks. She would give the same excuse whenever she spent her holidays with us.

About a year after my father-in-law passed away, her health was failing on her.  Realising this, my husband  requested her together with his youngest brother to come to KL. We thought that this trip would cheer her up. She had always been a happy person.  But I saw  that her spirits were down. When we send  her off at the airport, it was  for the last time. 
We received news  sometime later that she left all of us, on the 26th day of  September, 1994.

To my beloved mother-in-law...
You are missed dearly but not forgotten.
I would never forget your laugh.
I would never forget how you stood vigil through the night for my son Rafique. 
How you never in any way made me feel a stranger in your own home. 
In every prayer I do,  I remember your name and ask Allah for His forgiveness...
For it was great to have a mother-in-law like you who bore no grudges and ill-feelings.
May your soul rest in peace together with the  para solihin. 
Amin.


    

Anugerah Allah SWT atau Kemahiran?

Tiba2 ja aku teringat, aku ni selalu sakit2 badan...dulu kalau aku sakit mama akan buang angin di badanku pakai paku..mula2 mama akan sapu celah2 jari dengan minyak masak (yg belum diguna) pakai daun sirih, lepas tu mama letak paku di celah jari dan mula pusing2 paku tu sambil baca sesuatu...kalau ada angin paku tu macam melekat di jari dan susah dipusing..sakitnya bergantung pada banyaknya angin di badan..kalau banyak angin maka sakitlah, kalau tidak senang ja paku tu dipusing2...Kadang2 tu sampai mo tekeluar air mata menahan sakit, aku selalu cakap ma mama supaya jangan picit jari ku...masa ni mama akan ketawa dan kasitau yang dia cuma pegang jariku dan bukannya dia picit pun...hehehe...skrg mama sudah tiada dan tiada satupun anak2nya yang mewarisi kemahiran mama membuang angin....
Baru2 tu aku, yus dan os ikut din ke Jakarta untuk berurut, tukang urut tu cakap kami ada macam2 penyakit jadi diurutnya kami...adoi punyalah sakit dia mengurut..macam kuyak2 saja rasanya kulit dan isi kami...3 malam kami diurut dan 3 malam jugalah kami sengsara kesakitan...ndak taulah berapa peratus penyembuhan kami tu..cuma yang aku perasaan memang ada perubahan positiflah...tapi ndak lama macam2 sakit timbul lagi mungkin pasal telampau lagak macam2 dimakan badanpun sakit lagi.
Satu hari tu aku sakit lutut (gout) sampai tempang2 aku jalan ke sekolah, sampai ja di sekolah aku terus mengadu dengan seorang kawan. Kawanku tu pegang lututku dan terus sendawa...dia pegang2 lututku dalam 30minit sampai bunyi sendawanya berkurangan. lepas tu aku pun kerja macam biasa...yang aku heran macamna sakit lututku boleh baik sampai sekarang? aku makan udang dengan banyak lepas tu tapi Alhamdulilah masih juga lututku ok....Aku kagum dan terfikir adakah ini anugerah Allah SWT kepada kawanku itu.
Kelmarin sekali lagi aku terkejut, aku minta seorang kawan lagi tolong picit bahuku kerana aku rasa lenguh2, tiba2 ja kawanku yang satu ini pun sendawa juga...rupa2nya ada dua orang kawanku yang mempunyai kemahiran membuang angin. Bezanya kawanku yang picit bahu ni lambat mengeluarkan angin yang masuk melalui badannya..jadinya mo beberapa jam juga dia sendawa dan keluar2 air mata mengasi keluar angin dari badannya, tapi kawanku yang pegang lutut tu pula boleh terus keluarkan angin waktu tu juga..macam limpas ja angin atau penyakit tu dari badannya....Terfikir aku, kalaulah aku boleh buat macam tu alangkah bagus, kalau tidak pun mewarisi kemahiran mama saja...Waktu itu aku terus teringat bertapa besarnya kuasa Allah kerana dua2 kawanku ini cara menolongnya sama saja hanya dengan membaca selawat nabi dan alhamdulillah....Kalau difikir2 kenapa dorang boleh buat begitu ah?

Tuesday, October 14, 2008

RAJA BASIKAL TAHUN 50AN

Cerita fasal berbasikal ni aku pun ada cerita. He he he ndak juga mau ketinggalan ni. Dulu-dulu (mengikut kata si Faiz ' once upon a time') kami (bapa, mama dan adek-adek - yang paling kecil masa tu ialah c Ruaya) tinggal dirumah guru berhampiran dengan dispensary (hospital lama) Tandek. Di seberang jalan berhadapan dispensary ini ada pokok mangga besar. Ditepi sebelah kanan sederet sekolah (masih ada hingga sekarang). Dihadapan sekolah ada padang. Disinilah kami bermain disebelah petang setelah kelas selesai. Pada waktu itu kelas hanya diadakan disebelah pagi.

Waktu ni ramai budak-budak sekolah yang tinggal di rumah kita maka keadaan rumah sentiasa ramai. Ini kerana kendaraan untuk kesekolah hanyalah kerbau dan ada juga yang berbasikal terutama budak-budak dari Ongkilan. Untuk memudahkan mereka kesekolah maka mereka menumpang dirumah kita. Pada hujung minggu mereka ini pulang ke kampung masing-masing dan sebagai balasan mereka menumpang dirumah kita bapa meminta mereka membawakan kayu api apabila mereka balik daripada kampung. Kadangkala ada juga membawa beras, buah-buahan dan sayur-sayuran. Kami makan bersama apa yang ada. Yang perempuan akan membantu memasak dan membasuh kain, manakala yang lelaki akan mengangkat air dan membelah kayu api. Pendek kata kami hidup seperti sebuah keluarga yang besar sehingga sampai ketikanya rumah tidak lagi dapat menampung budak-budak sekolah yang semakin ramai, maka bapa membina dengan wangnya sendiri sebuah pondok berhampiran rumah kita khas tempat budak-budak sekolah ini tinggal. Pondok ini beratapkan nipah, berdinding kajang dan berlantaikan bambu.

Dimasa lapang pada waktu petang, kami bersama-sama budak-budak sekolah yang tinggal bersama kami, akan bermain-main dihadapan sekolah. Permainan kegemaran kami ialah 'main jabat' atau galah panjang? kah tu akupun ndak tau nama permainan tu yang sebenar. Kami juga suka bermain 'rounders' (seperti criket). Kadang-kadang kami melastik burung, bermain tinting dan main gasing pangkah. Setelah bapa membeli basikal, kami semua berebut-rebut hendak belajar menaiki basikal pula. Basikal ni tinggi dan kami sebagai kanak-kanak tidak akan dapat mencapai 'pedal' basikal jika duduk ditempat duduk atau 'sila' basikal. Setahu aku masa ni belum ada basikal khusus untuk budak-budak. Untuk menyelesaikan masalah ndak sampai ke pengayuh (pedal) basikal kami menyisip dicela segitiga basikal sambil mencuba mengimbangi badan dan memusing kan pengayuh basikal. Secara berperingkat-peringkat setelah mahir mengayuh secara menyisip di segitiga basikal, kami pun naik atas palang basikal dan belajar mengayuh basikal hingga mahir barulah kami akan duduk atas sila basikal. Apabila duduk atas sila basikal ni, kaki ndak sampai ke pengayuh basikal. Caranya untuk mengayuh basikal ni pula kami akan hulur kaki kanan dan menolak pedal kanan yang pada ketika itu berada di level paling atas kedepan. Ini membuatkan pedal sebelah kiri menaik, dan kamipun akan mengait pedal sebelah kiri dengan hujung kaki kiri. Sebaik saja pedal berada di level paling atas maka kaki kiri pun menolak pedal kiri tadi kedepan dan begitulah hingga seterusnya. Susahkan naik basikal dulu-dulu? Mana mau mengimbangi badan, mana mau mengayuh pedal yang hampir-hampir tidak sampai oleh kaki kami yang masih pendek ..... he he he sekarangpun masih lagi pendek!

Ada seorang budak perempuan yang tinggal dengan kami baru belajar naik basikal. Konon-konon dia ni mau menolong mama dikebun - kebun tempat rumah kita sekarang tu. Dia pun memakai tudung kepala dan mencapai basikal tua bapa. Dia menyuruh aku menyurung basikal tu dari belakang sebaik saja dia sudah duduk di atas sila basikal. Apa lagi aku pun surunglah. Tiba-tiba tudungnya terturun terus menutup matanya. Ngam-ngam di depan tu pula jambatan nah apa lagi dia pun terjatuh ke dalam sungai bersama-sama dengan biskalnya. Nasib baik air surut waktu tu...kalau ndak habislah dia. Bukan main lagi dia marah sama aku. he he he kalau ku ingat geli juga hati ku. Inilah kisah Raja Basikal Tahun 50an.

Antara Komen Kamu...

About This Blog

  © Blogger template 'Isfahan' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP