Monday, October 13, 2008

Majlis Penyerahan wang hantaran Perkahwinan Kee Siti Rodiah Kee Maidin




Pada 11hb.okt 2008 yang lepas telah berlangsung upacara penyerahan wang hantaran perkahwinan Kee Siti Rodiah Kee Maidin. Acara ini berlangsung di rumah Datin Kee Rafeah Kee Abd.Jalil di K6. Likas. Dalam majlis ini wang hantaran sebanyak rm13ribu telah diterima oleh bapa bakal pengantin perempuan.
Mengikut keputusan yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak pasangan Kee Siti Rodiah dan tunangnya Azhar akan melangsungkan perkahwinan pada 14,15 dan 16hb nov 2008. Acara lengkap adalah seperti berikut:
Acara malam berbedak - 14/11/08 di K6
Nikah - 15/11/08 di K6
Persandingan dan memotong kek - 16/11/08 di Pasific Sutera.
Warna tema bagi majlis perkhwinan ini adalah 'purple'
Tahniah diucapkan kepada pasangan ini. Moga2 niat yang baik ini akan berlangsung dengan sempurna dan jodoh yang berkekalan.

Saturday, October 11, 2008

Raja basikal

Emm....skrg ni aku di rumah c yus, baru baca tulisan meng pasal tingkap coklat tu...terus teringat kisah kecil2 dulu. Masa kecil c yus ni terror juga naik basikal..pernah satu hari tu mama ma bapa gi kempen, tinggal aku, yus, meng, ana ma dang ja di uma, kami pun ni berabis main sampai ndak sedar uda lewat petang.
Mulalah ketakutan jadi pigi lah di rumah babu rukinah. tau2 kena marah ni oleh c roya, tidak dikasinya kami naik di rumah babu sebab belum mandi (o'wutong mangkali). Kami pun dengan muka sedih baliklah di rumah tapi ndak juga ni berani naik di rumah. Kami bekumpul dekat bibit kelapa mama tempat kami main rumah2 waktu siang tadi.
Hari pun bertambah gelap..bulan pun sudah kelihatan...c yus ni sayang dengan c meng, jadi di bawanya kami semua naik di rumah mengambil bantal untuk c meng. Kami pun berpegang-pegang naik pigi mengambil bantal lepas tu turun balik pigi dekat bibit kelapa...hehe lucunya sudah naik di rumah adakah patut turun balik lagi...Bekumpul la kami di situ menunggu mama ma bapa pulang, c yus ni mengasi takut lagi, dia bilang kalau bulan mengembang ada putri bunian turun mandi....adehhh.. dekat jam 9 lebih mama ma bapa pulang, belarian kami menyambut mama ma bapa pulang sambil mengasi tau ada kono hantu di rumah.... bapa pun iya2 ja percaya kono...hehe lucu tapi siuk juga bila diingat...
Bebalik kepada raja basikal..c yus ni terror naik basikal, hari tu c yus bawa kami semua naik basikal 28 bapa. c yus kasi jalan, aku duduk di belakang, c dang ma c ana duduk di palang (dibungkus dulu pakai bantal supaya tidak sakit kalau duduk, pastu c meng dileher c yus...sedang kami siuk2 main basikal tiba-tiba ja c yus tidak dapat kawal ni basikal dan kami semua pun terjatuh ke dalam parit....kelam-kabut c yus mendukung c meng....hehe. c meng kecil lagi tu mesti pun dia tidak ingat peristiwa ni....

Friday, October 10, 2008

Restoring old photographs

sebelum gambar di baiki


Hari ini aku mengantuk betul, mo tertutup udah mata ni. Tiba-tiba aku teringat gambar lama si Yah sama arwah bapa di rumah Tandek. Masa aku terima gambar tu sudah memang rosak kena dakwat pen, habis muka tu tercover dakwat. Aku pun start la restore gambar tu, teda pakai software editing yang special pun cuma pakai photoshop edit manually jak. So inilah hasilnya. Tapi ini masih belum siap lagi ni, sebenarnya masih comot lagi baju arwah bapa tu, cermin tu pun penuh dakwat halus-halus. Nanti kalau sudah siap aku upload di flickr, so kalau mau print besar-besar pun boleh.

sesudah gambar di baiki


Kee Sabariah dan arwah bapa Hj Kee Abdul Jalil

Bila tengok gambar ni rindu betul aku sama arwah bapa dan mama. Sofa tu mama beli di kedai singer di pekan lama Tandek. Gambar yang lebih besar saiz boleh tengok di Flickr. Rindunya...


Kenangan rumah di kampung

Dulu di tepi pagar ini ada pokok yang berbunga merah. Arwah mama selalu guna tangkai daunnya untuk merotan aku bila aku jajal selalunya pasal aku kuat berjalan sampai kampung orang dengan basikal.. Pernah satu kejadian aku dikejar orang mabuk, sepanjang jalan dari sekolah sampai rumah aku berlari walaupun sudah keluar ampus ku nda juga aku kesah. Sampai jak di rumah sempat juga aku tutup ni pagar bambu lepas tu hadang sama dua tong dram besar baru aku masuk berkunci dalam rumah. Aku signal arwah bapa supaya diam-diam. Kami menyubuk orang mabuk dari jendela, bila saja orang mabuk tu jalan jauh baru aku jatuh pengsan gara-gara ampus kuat. Bila aku bangun arwah bapa ketawa, dia bilang aku ni ganjil sebab buli pula aku tahan lama segala ampus. Hahahaha...



Ini tangki air, seingat aku memang dari dulu ada tu daun duit-duit tapi sekarang aku tengok kayunya sudah mau reput. Generator diletak di bawah tangki untuk pam air dari perigi. Walaupun kami tinggal di kampung tapi kami sentiasa ada bekalan air sebab air perigi ni tidak pernah kering walaupun air sungai kering kerana kemarau. Selalunya akulah yang akan start generator, baru generator dulu-dulu bukan macam sekarang. Dulu-dulu mesti kena tarik tali untuk start engine baru punyalah keras mo tarik. Pernah lagi aku panjat ni tangki dan duduk di atas, si Onon ternampak aku terus dia mau ikut. Sekali dia duduk kayu tua tu tidak dapat menampung berat kami terus patah kami jatuh di tanah. Takut aku si Onon nangis terus aku pujuk dia dengan buah jambu batu merah disiring pagar belakang tangki. Hehehe..



Yang tingkap coklat tu tingkap dari bilik utama, iaitu bilik arwah mama dan bapa. Bapa punya meja study yang ada telepon putar warna hitam tu diletak di sebelah tingkap inilah. Fail-failnya pun disusun di sini. Arwah bapa ni very organised. Semua belanjawan rumah, bill dan lain-lain disimpan dengan cermat dan difailkan. Orang-orang kampung pun selalu bila susah akan datang meminjam wang dari arwah mama dan arwah bapa. Semua senarai pinjaman mereka tu akan dicatat di dalam buku ledger. Arwah mama dan bapa tidak pernah kedekut dengan orang kampung, mereka selalu membantu sama ada dari segi kewangangan atau nasihat.

Selain tu ada juga cerita kelakar berkaitan tingkap tu. Waktu aku masih sangat kecil, aku sama si dang main hantu-hantu waktu semua orang masih tidur di awal pagi. Di tepi tingkap ni dulu ada peti kayu arwah mama. Masa tu tingkap terbuka, setiap kali si dang kasi takut aku ugut dia konon aku mau terjun dari tingkap. Mula-mula berdiri atas peti saja, lama-lama aku berdiri di bingkai tingkap sudah. Satu kali si dang kasi takut aku, aku betul-betul terjun dan jatuh di atas batu. Dulu masa aku kecil dibawah tingkap tu ada banyak batu-batu besar. Sudahlah aku terjatuh aku tengok si dang memandang aku dari tingkap. Dia tanya "nda sakit ka?" Aku selamba ja bangun duduk atas batu pastu jawab "nda.." Lepas jak aku jawab terus aku nda nampak apa-apa lagi. Kalau ikut cerita si dang, sambungannya dia bertapuk di dalam almari baru dia jerit kuat-kuat kasitau aku terjun dari jendela.. Hahahahahaa... Kelakar betul..

Ada banyak lagi gambar yang aku ambil masa aku balik kampung semasa hari raya baru-baru ni. Gambar-gambar ini boleh dilihat dengan lebih jelas di album Our Home.

Wednesday, October 8, 2008

My beloved parents - always in my heart


In memory of my beloved parents, Hjh Fatimah Unggut and Hj Kee Abdul Jalil Kee Abdullah. Semoga roh mereka sentiasa aman dan dicucuri rahmat. Al-fatihah.

Tuesday, October 7, 2008

Aidilfitri Photographs 2008

Asmin, Faye dan cucu Farisha


K Liau, Dwen, Jamilah dan Angah


Eva


Merasa kuih raya - baulu gulung


Selamat Hari Raya Aidilfitri, masih boleh ucap lagi banyak-banyak kali sebab kita raya satu bulan bah.. hehehe. Ini antara gambar-gambar semasa raya. Boleh lihat gambar-gambar yang lain atau dengan lebih teliti di album Hari Raya Aidilfitri 2008.


Hari Raya Blues

Baru-baru ini aku pulang untuk beraya di kampung, tapi kerana tidak pasti aku ni dapat cuti ka tidak aku pun beli la tiket tanggal 30hb september, sudahlah begitu sampai KK tengah malam pula. Nasib la si Yus mengoffer diri mengambil aku hehehehe... Aku beli tiket malam raya sebab aku sangka aku masih lagi terpaksa kerja pada siangnya, lagipun murah. Sekali pula semua orang yang menyambut Aidilfitri di office tu start cuti mulai hari Isnin. Nda apalah, boleh juga aku berjalan-jalan mencari apa-apa yang boleh dibeli di bawa pulang ke kampung, tapi punyalah ramai orang di PKNS tu sampai pening kepala aku (aku tidak boleh kalau terlampau ramai orang mula la tu aku pening kepala macam kekurangan oksigen). Jadi aku pun selama 3 hari berturut-turut attempt to go shopping di sana tapi apakah, sentiasa penuh manusia. Malas aku, kadang tu rasa mo marah jak bila ada orang yang berdiri di tengah laluan. Tapi puasa kan sabaaaaaaaaar jak lah.. fuh fuh fuh nda bagus tu marah-marah..

30hb jam 5 petang aku sudah bertolak ke airport, flight aku jam 9 malam tapi aku sangka mestilah jalan tu sesak dengan kereta maklumlah kebanyakkan orang yang aku nda kenal cakap dorang tu balik kampung hari tu samada petang atau malam (mesti heran nda kenal aku buli pula tanya2 macam reporter.. heheheh aku tanya driver taxi, penjual biskut dan yang sewaktu dengannya. Maknanya setiap kali aku membeli makanan atau naik taxi aku mesti tanya soalan tu kalau nda pun aku yang ditanya duluan..) Itulah sebabnya aku imagine jalan tu sesak, tapi sekali tinuk punyalah lengang adesssss... terpaksalah aku duduk membuang karan di airport, baru LCCT tu di dalam bukan ada kerusi, duduk atas troli jak la sambil membaca buku yang ku pinjam dari si Faye (sampai sekarang belum jak aku habis baca pasal ada saja orang mengacau asal aku membaca!!!). Nasib baiklah ada announcement buka puasa, aku minum satu botol kiiiiiiiiiiiiiiciiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii-i-i-i-l-l-l-lll air soya (kicil la tu berabis kalau begitu panjang sudah tu perkataan kicil tu..). Ingatkan mo makan di dalam kapal jak, sekali ada pula orang yang ramah-tamah ni berabis membawa aku bercakap. Aku ni friendly nda friendly bah.. maknanya aku boleh friendly sama orang yang aku nda kenal paling lama tempohnya adalah 30 minit lepas tu jan la bawa aku becakap lagi aku boooo layan wo. Bukan sumbung tapi teda sudah idea sama tiada feelings sudah tu macam kena bius. Jadi aku pun tidak juga mau becakap lama2 sama orang sebelah mula-mula aku membaca sampai sakit biji mata ni, masih juga dia mau becakap sana. Jadi pura-pura tidur la tapi terus tetidur ni, landing baru aku bangun kwakwakwakwa.. Landing pun sudah jam 11.30 malam, lapar ni sampai begagar lutut. Aku pi bawa c yus beli makanan tapi ada kfc jak buka di kk. Apalagi satu bucket ba ku beli ni macam lah ramai di rumah tu, ada c dang, c annuar ma c huzai jak. Penat penat penat tapi nda boleh tidur pula..

1 September. Selamat Hari Raya!!! Bangun lambat, sunyi jak rumah di Lintas Court ni sebab si Yus ma c Nuar sudah pi sembahyang raya. Aku tinuk jam, adesssh!! Jam 8 sudah hahahah.. Mandi manda pastu lepas dorang pulang sembahyang, lebih kurang jam 10.30 atau jam 11 pagi kami bertolak pi rumah K6. Ada orang tu masak special bah, masak udang harimau sama rendang daging angus yang sadap. Aku ni manalah makan rendang, aku nda suka. Hanya orang tertentu masak jak baru aku makan. Tapi yang kelakar di K6 sama di Damai aku makan pula tu hahaha... Jam 6 petang bertolak pi open house di rumah Ose di Indah Permai. Makan sedap lagi ni. Lebih kurang jam 9 malam bertolak balik ke kampung di tempat si Yah di Damai. Sepanjang jalan aku nda tidur, bawa c Yus bercerita joke sikit tapi c Yus ni kan nda la pandai ketawa. Jam 12 lebih juga kami sampai. Duduk2 cerita sama si Yah pastu tengok budak-budak main bunga api.

Cerita pasal hari raya, kalau waktu kecil2 dulu mesti c Faye pulang bawak satu kotak mercun dan bunga api (dulu-dulu boleh main sebab kami semua ni otai kalau main mercun, lagipun kalau mengikut pendapat c Charles ma c Leon. Orang yang putus tangan, kaki, kepala... bukan pasal main mercun tapi pasal main meriam kabait ba.. apakah tu namanya aku pun lupa). Balik kepada cerita asal, pada salah satu hari raya yang mulia dan indah tu. Aku, c sly ma c neil terjumpa satu ikat mercun cina. C sly la punya idea tu mo jugak dia main tu mercun time tu juga awal-awal pagi. Jadi c Neil gantung di pokok nangka pastu dorang bakar (aku pemerhati jak aah..) apalagi meletup la bising ni! Baru Ose keluar marah kami "Ose ikat kamu sama tu mercun baru bakar, baru kamu tau!!!" hehehehe... putih mata. Ketawa tetamu di rumah, kami pun terus pigi rumah babu Rukina, malu.

Kalau di ikut banyak lagi kenangan hari raya ni, kalau dulu mesti gotong royong di dapur rumah buat persiapan raya. Aduh bestnya! Mesti arwah bapa pasang lampu 'lip lap' (apa bah tu nama dia) di luar, mama mesti buat ketupat. Cermin mesti berkilat tiada habuk. C faye pulang mesti bawa bawang yang sudah siap diblender. Pastu si Baimal mesti datang tolong buat lemang, lemang dia paling sedang!!! Aaah.. I'm living in the past, mungkin sebab aku sudah tua hahaha.. Apa-apa pun Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.


Antara Komen Kamu...

About This Blog

  © Blogger template 'Isfahan' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP