Friday, October 10, 2008

Kenangan rumah di kampung

Dulu di tepi pagar ini ada pokok yang berbunga merah. Arwah mama selalu guna tangkai daunnya untuk merotan aku bila aku jajal selalunya pasal aku kuat berjalan sampai kampung orang dengan basikal.. Pernah satu kejadian aku dikejar orang mabuk, sepanjang jalan dari sekolah sampai rumah aku berlari walaupun sudah keluar ampus ku nda juga aku kesah. Sampai jak di rumah sempat juga aku tutup ni pagar bambu lepas tu hadang sama dua tong dram besar baru aku masuk berkunci dalam rumah. Aku signal arwah bapa supaya diam-diam. Kami menyubuk orang mabuk dari jendela, bila saja orang mabuk tu jalan jauh baru aku jatuh pengsan gara-gara ampus kuat. Bila aku bangun arwah bapa ketawa, dia bilang aku ni ganjil sebab buli pula aku tahan lama segala ampus. Hahahaha...



Ini tangki air, seingat aku memang dari dulu ada tu daun duit-duit tapi sekarang aku tengok kayunya sudah mau reput. Generator diletak di bawah tangki untuk pam air dari perigi. Walaupun kami tinggal di kampung tapi kami sentiasa ada bekalan air sebab air perigi ni tidak pernah kering walaupun air sungai kering kerana kemarau. Selalunya akulah yang akan start generator, baru generator dulu-dulu bukan macam sekarang. Dulu-dulu mesti kena tarik tali untuk start engine baru punyalah keras mo tarik. Pernah lagi aku panjat ni tangki dan duduk di atas, si Onon ternampak aku terus dia mau ikut. Sekali dia duduk kayu tua tu tidak dapat menampung berat kami terus patah kami jatuh di tanah. Takut aku si Onon nangis terus aku pujuk dia dengan buah jambu batu merah disiring pagar belakang tangki. Hehehe..



Yang tingkap coklat tu tingkap dari bilik utama, iaitu bilik arwah mama dan bapa. Bapa punya meja study yang ada telepon putar warna hitam tu diletak di sebelah tingkap inilah. Fail-failnya pun disusun di sini. Arwah bapa ni very organised. Semua belanjawan rumah, bill dan lain-lain disimpan dengan cermat dan difailkan. Orang-orang kampung pun selalu bila susah akan datang meminjam wang dari arwah mama dan arwah bapa. Semua senarai pinjaman mereka tu akan dicatat di dalam buku ledger. Arwah mama dan bapa tidak pernah kedekut dengan orang kampung, mereka selalu membantu sama ada dari segi kewangangan atau nasihat.

Selain tu ada juga cerita kelakar berkaitan tingkap tu. Waktu aku masih sangat kecil, aku sama si dang main hantu-hantu waktu semua orang masih tidur di awal pagi. Di tepi tingkap ni dulu ada peti kayu arwah mama. Masa tu tingkap terbuka, setiap kali si dang kasi takut aku ugut dia konon aku mau terjun dari tingkap. Mula-mula berdiri atas peti saja, lama-lama aku berdiri di bingkai tingkap sudah. Satu kali si dang kasi takut aku, aku betul-betul terjun dan jatuh di atas batu. Dulu masa aku kecil dibawah tingkap tu ada banyak batu-batu besar. Sudahlah aku terjatuh aku tengok si dang memandang aku dari tingkap. Dia tanya "nda sakit ka?" Aku selamba ja bangun duduk atas batu pastu jawab "nda.." Lepas jak aku jawab terus aku nda nampak apa-apa lagi. Kalau ikut cerita si dang, sambungannya dia bertapuk di dalam almari baru dia jerit kuat-kuat kasitau aku terjun dari jendela.. Hahahahahaa... Kelakar betul..

Ada banyak lagi gambar yang aku ambil masa aku balik kampung semasa hari raya baru-baru ni. Gambar-gambar ini boleh dilihat dengan lebih jelas di album Our Home.

Wednesday, October 8, 2008

My beloved parents - always in my heart


In memory of my beloved parents, Hjh Fatimah Unggut and Hj Kee Abdul Jalil Kee Abdullah. Semoga roh mereka sentiasa aman dan dicucuri rahmat. Al-fatihah.

Tuesday, October 7, 2008

Aidilfitri Photographs 2008

Asmin, Faye dan cucu Farisha


K Liau, Dwen, Jamilah dan Angah


Eva


Merasa kuih raya - baulu gulung


Selamat Hari Raya Aidilfitri, masih boleh ucap lagi banyak-banyak kali sebab kita raya satu bulan bah.. hehehe. Ini antara gambar-gambar semasa raya. Boleh lihat gambar-gambar yang lain atau dengan lebih teliti di album Hari Raya Aidilfitri 2008.


Hari Raya Blues

Baru-baru ini aku pulang untuk beraya di kampung, tapi kerana tidak pasti aku ni dapat cuti ka tidak aku pun beli la tiket tanggal 30hb september, sudahlah begitu sampai KK tengah malam pula. Nasib la si Yus mengoffer diri mengambil aku hehehehe... Aku beli tiket malam raya sebab aku sangka aku masih lagi terpaksa kerja pada siangnya, lagipun murah. Sekali pula semua orang yang menyambut Aidilfitri di office tu start cuti mulai hari Isnin. Nda apalah, boleh juga aku berjalan-jalan mencari apa-apa yang boleh dibeli di bawa pulang ke kampung, tapi punyalah ramai orang di PKNS tu sampai pening kepala aku (aku tidak boleh kalau terlampau ramai orang mula la tu aku pening kepala macam kekurangan oksigen). Jadi aku pun selama 3 hari berturut-turut attempt to go shopping di sana tapi apakah, sentiasa penuh manusia. Malas aku, kadang tu rasa mo marah jak bila ada orang yang berdiri di tengah laluan. Tapi puasa kan sabaaaaaaaaar jak lah.. fuh fuh fuh nda bagus tu marah-marah..

30hb jam 5 petang aku sudah bertolak ke airport, flight aku jam 9 malam tapi aku sangka mestilah jalan tu sesak dengan kereta maklumlah kebanyakkan orang yang aku nda kenal cakap dorang tu balik kampung hari tu samada petang atau malam (mesti heran nda kenal aku buli pula tanya2 macam reporter.. heheheh aku tanya driver taxi, penjual biskut dan yang sewaktu dengannya. Maknanya setiap kali aku membeli makanan atau naik taxi aku mesti tanya soalan tu kalau nda pun aku yang ditanya duluan..) Itulah sebabnya aku imagine jalan tu sesak, tapi sekali tinuk punyalah lengang adesssss... terpaksalah aku duduk membuang karan di airport, baru LCCT tu di dalam bukan ada kerusi, duduk atas troli jak la sambil membaca buku yang ku pinjam dari si Faye (sampai sekarang belum jak aku habis baca pasal ada saja orang mengacau asal aku membaca!!!). Nasib baiklah ada announcement buka puasa, aku minum satu botol kiiiiiiiiiiiiiiciiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii-i-i-i-l-l-l-lll air soya (kicil la tu berabis kalau begitu panjang sudah tu perkataan kicil tu..). Ingatkan mo makan di dalam kapal jak, sekali ada pula orang yang ramah-tamah ni berabis membawa aku bercakap. Aku ni friendly nda friendly bah.. maknanya aku boleh friendly sama orang yang aku nda kenal paling lama tempohnya adalah 30 minit lepas tu jan la bawa aku becakap lagi aku boooo layan wo. Bukan sumbung tapi teda sudah idea sama tiada feelings sudah tu macam kena bius. Jadi aku pun tidak juga mau becakap lama2 sama orang sebelah mula-mula aku membaca sampai sakit biji mata ni, masih juga dia mau becakap sana. Jadi pura-pura tidur la tapi terus tetidur ni, landing baru aku bangun kwakwakwakwa.. Landing pun sudah jam 11.30 malam, lapar ni sampai begagar lutut. Aku pi bawa c yus beli makanan tapi ada kfc jak buka di kk. Apalagi satu bucket ba ku beli ni macam lah ramai di rumah tu, ada c dang, c annuar ma c huzai jak. Penat penat penat tapi nda boleh tidur pula..

1 September. Selamat Hari Raya!!! Bangun lambat, sunyi jak rumah di Lintas Court ni sebab si Yus ma c Nuar sudah pi sembahyang raya. Aku tinuk jam, adesssh!! Jam 8 sudah hahahah.. Mandi manda pastu lepas dorang pulang sembahyang, lebih kurang jam 10.30 atau jam 11 pagi kami bertolak pi rumah K6. Ada orang tu masak special bah, masak udang harimau sama rendang daging angus yang sadap. Aku ni manalah makan rendang, aku nda suka. Hanya orang tertentu masak jak baru aku makan. Tapi yang kelakar di K6 sama di Damai aku makan pula tu hahaha... Jam 6 petang bertolak pi open house di rumah Ose di Indah Permai. Makan sedap lagi ni. Lebih kurang jam 9 malam bertolak balik ke kampung di tempat si Yah di Damai. Sepanjang jalan aku nda tidur, bawa c Yus bercerita joke sikit tapi c Yus ni kan nda la pandai ketawa. Jam 12 lebih juga kami sampai. Duduk2 cerita sama si Yah pastu tengok budak-budak main bunga api.

Cerita pasal hari raya, kalau waktu kecil2 dulu mesti c Faye pulang bawak satu kotak mercun dan bunga api (dulu-dulu boleh main sebab kami semua ni otai kalau main mercun, lagipun kalau mengikut pendapat c Charles ma c Leon. Orang yang putus tangan, kaki, kepala... bukan pasal main mercun tapi pasal main meriam kabait ba.. apakah tu namanya aku pun lupa). Balik kepada cerita asal, pada salah satu hari raya yang mulia dan indah tu. Aku, c sly ma c neil terjumpa satu ikat mercun cina. C sly la punya idea tu mo jugak dia main tu mercun time tu juga awal-awal pagi. Jadi c Neil gantung di pokok nangka pastu dorang bakar (aku pemerhati jak aah..) apalagi meletup la bising ni! Baru Ose keluar marah kami "Ose ikat kamu sama tu mercun baru bakar, baru kamu tau!!!" hehehehe... putih mata. Ketawa tetamu di rumah, kami pun terus pigi rumah babu Rukina, malu.

Kalau di ikut banyak lagi kenangan hari raya ni, kalau dulu mesti gotong royong di dapur rumah buat persiapan raya. Aduh bestnya! Mesti arwah bapa pasang lampu 'lip lap' (apa bah tu nama dia) di luar, mama mesti buat ketupat. Cermin mesti berkilat tiada habuk. C faye pulang mesti bawa bawang yang sudah siap diblender. Pastu si Baimal mesti datang tolong buat lemang, lemang dia paling sedang!!! Aaah.. I'm living in the past, mungkin sebab aku sudah tua hahaha.. Apa-apa pun Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.


Monday, September 15, 2008

Alergik atau ikan piaraan bermasalah?

Kalau menurut kakak aku, keturunan Unggut tidak boleh makan catfish, ataupun ikan keli. Hmm.. ikan keli sama sembilang tu sama la bah kan? dua dua pun catfish juga. Pokoknya kalau tidak silap aku keturunan Unggut tidak boleh makan ikan yang tiada sisik. Masa aku kecik-kecik itulah ikan yang aku langsung nda mau makan. Tapi sekarang aku suka betul, wau sedapnya tambah2 kalau masak lemak cili api... fuih mau 3 pinggan pun buli aku makan. Eel pun aku makan, aah kalau ingat masa kecik punya la aku geli aku bilang sampai mati pun aku nda mo makan ikan ular. Kwakwakwa.. Anyway, berbalik kepada cerita tadi. Kononnya kalau keturunan Unggut makan keli akan jatuh sakit. Sakit apa aku pun tidak pasti tapi adik beradik ku sebelah arwah mama ni semua ok, mungkin sudah bercampur darah keturunan Kee.

Tapi ada juga yang alergik sama udang atau ketam, contohnya si Yah sama si Neil. Hmm... yang lain aku tidak pasti tapi aku selama hidup ni macam semua pun aku makan hinggalah pada suatu hari colleague aku pi memancing, dia pun kasi lah aku satu ekor ikan yang sudah siap disiang. Aku happy la sebab aku asal ikan jak aku suka. Sampai rumah aku cuci la ikan tu siap rendam sama air asam takut hanyir. Aku pun goreng sampai waktu buka makan. Uh manis2 pula isi daging ikan ni, tapi tidak lama selepas tu kulit aku pun mula gatal2 yang amat sangat. Argggh... terutama di lipatan tangan tu apa kah namanya ntah. Keluar biji2 macam ruam di kulit, barulah aku tergaruk sana sini sampai luka kulit aku. Kalau boleh mau jak aku keraut tangan aku ni. Sampai saat ini sedang aku menaip ni blog, gatal la ni tapi ada kurang2 sudah la dari kemarin. Aku tidak pigi klinik pun, aku tuang minyak kayu putih jak supaya tidak rasa gatal sangat dan tidak lagi tegaruk2. Oleh kerana aku ni kan memang penggemar ikan, aku hairan lah kenapa pula tiba2 alergik ni. Jadi aku mula2 mo tinguk apakah jenis ikan yang aku sudah makan ni. Aku pun browse di internet, ikan yang aku dapat tu ada mirip ikan talang, mungkinlah... tapi ada juga mirip ikan patin tapi kecil pula ikan yang aku dapat ni. Yang mana satu sebenarnya aku pun tidak tau. Tapi malang sekali, aku terjumpa pula satu lagi artikel yang tidak ada kesahihan kebenarannya. Ada orang mempost di forum pasal ada satu pusat ternakan ikan patin disebelah ladang babi. Masalahnya ialah najis2 babi tu macam mencemar lombong sekitar ikan patin tu di piara. Ya ampun, harap bukan ikan yang aku makan tu... eee..

Friday, September 5, 2008

Main bunga api sampai pekak mata tidak nampak

Ini kes yang aku tidak boleh lupakan, masa kecik2 kalau bulan puasa mau hari2 main bunga api belawan sama dorang si Tin diseberang sungai. Hahaha.. Tapi bila satu minggu lagi mo raya bertambah happening la tu semakin rancak. Kalau dulu rumah di Tandek tu mesti c Faye bawak balik satu kotak bunga api dan mercun (dulu2 nda ada kena ban pasal time kami teda yang putus2 segala tangan kalau main). Pro sudah dari kecil kan kwakwakwa...

Tapi ada satu peristiwa aku tidak boleh lupa, kami pi buka tu mercun katak pastu main bom2. Punyalah kesiukan. Satu kali si Sly ni mo bakar mercun dia di lampu pelita. Ngam2 aku pun mo pi bakar mercun aku ni, tapi terjatuh pula. Jadi sambil memungut aku cakap sama si Sly jangan dulu bakar. Berabis juga dia menanya aku "apa?? apa??" berabis juga aku menyakap "jan bakar dulu jan dulu bakar... bla bla bla" Sekali aku jumpa aku punya mercun aku pun berdiri mo bakar. Sempat2 jak mercun ditangan si Sly dia umban dan meletup boooom! Punya silau aku punya mata, terus aku nda sudah nampak apa2 sama jadi tuli. Si Sly lagi kesian, sebab tidak jauh dari jari lagi tu masa meletup. Rupanya dia sudah bakar tapi sebab aku bawak dia bercakap dia terlupa mo umban tu mercun kicik. Nasib baik kicik jak. Pastu teduduk kami di tangga rumah diam2. Kalau aku buta dan pekak, si Sly lagi lah bertambah dengan sakit jarinya. Balik2 dorang si Neil, Baby sama si Adik menanya kami tapi kami ni nda sudah dengar apa-apa kwakwakwakwwka... Nasib baik mercun katak yang okudik tu. Kalau mercun cina adei nda la ku tau, bye bye tangan..

Kalau mo diingat punyalah banyak lagi ingatan masa kecik. Kelakar tul.

Monday, September 1, 2008

Selamat Menyambut ramadan

Kepada semua ahli keluarga anak cucu cicit Unggut yang beragama Islam, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadan dan selamat menunaikan ibadah puasa. Jangan puasa yang yuk pula dan jangan terlebih membazir duit dan makanan gara2 nafsu buka puasa. Mentang2lah lapar, bila beli juadah berbuka yang ada bermacam jenis semua pun dibeli hehehe..

Masa ni kepada yang suka memasak tu mesti mau cuba bermacam2 resepi yang sedap kan? Ini ada satu blog Resipi.my yang boleh kamurang check, ada banyak resepi best best jadi bolehlah kamu cuba try test, ataupun boleh juga kamurang share resipi special kamu sendiri, nanti raya aku pulang try makan hehehehe...

Apa2 pun, selamat menunaikan kewajipan anda ^^

Antara Komen Kamu...

About This Blog

  © Blogger template 'Isfahan' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP