Monday, April 25, 2011

23 April 2011- Hari Sabtu

23 April 2011 - Hari Sabtu yang membawa banyak peristiwa untukku dan keluargaku. Hari itu awal-awal lagi aku naik ke tingkat atas hendak menjenguk cucuku. Petang ini dia akan berangkat ke Kuala Lumpur bersama papa, mama dan juga 'kakak=pengasuh'nya. Untuk pertama kali Heidi akan menaiki kapal terbang dan akan menjejakkan kakinya di Kota Raya Kuala Lumpur. Heidi akan menyambut Hari Lahirnya yang genap satu tahun pada 26 April 2011 di Kuala Lumpur.

Heidi sedang dibuai oleh mamanya dan hampir melelapkan matanya. Aku terus meninggalkannya dan turun ke bawah langsung membuka akaun Facebook ku. Jam menunjukkan 8.30 pagi. Tiba-tiba aku terlihat satu titipan dari saudaraku Androd Sedian - Ayahandanya baru saja kembali kerahmatullah pada jam lebihkurang 2.00 pagi semalam. Innalillahi waina lila hi rajiun. Tersentak aku. Lalu aku kejutkan Faiz suruh bergegas mandi dan bersiap-siap. Kami pinjam kereta anakku dan bergegas balik kampung untuk ziarah. Kami tiba sekitar pukul 11.30 pagi. Aku menitipkan doa untuk Allahyarham dan rasa takziah kepada saudara-saudara terutama sepupu-sepupuku dan juga saudara mara.

Kerana hendak menghantar cucuku ke Airport T2 petang itu, aku dan keluarga bergegas balik ke Kota Kinabalu. Sampai di Ulu Kukut, tiba-tiba kami disambut oleh deretan kereta-kereta. Hairan sambil perlahan-perlahan mendekati kumpulan kereta-kereta, rupa-rupanya air banjir sedang melimpah di jalan raya. Kami tersadai hampir satu jam setengah, menanti air surut. Nasib baik kami akhirnya dapat melintas setelah menunggu sekian lamanya dengan menggunakan kereta pacuan 4 roda yang kami naiki. Namun kami tidak dapat menhantar Heidi dan papa mamanya ke airport. 23 April 2011 satu hari yang banyak peristiwa dalam hidupku.

Antara Komen Kamu...

About This Blog

  © Blogger template 'Isfahan' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP